Archive | May, 2014

Malam 27 Mei 2014

Posted on 27 May 2014 by zualliz

Bas yang akan bertolak pada pukul 10 malam dan kerisauan akan kesesakan jalan berdekatan stadium negeri disebabkan SUKMA 2014, memaksa aku bersiap lebih awal agar dapat bertolak lebih awal ke stesen bas Kangar.

Selepas solat Maghrib, aku terus menyimpan motor ke dalam bilik. Pertama kali di simpan di dalam bilik. Sebelum ini hanya menjadikan surau baru dan bengkel lama sebagai tempat menyimpan motor. Susah juga nak menolak motor.

Kemudian, menghubungi stesen teksi Kangar supaya menghantar sebuah teksi bagi mengambil dan menghantar aku ke stesen bas Kangar. Dalam masa menunggu, aku meletakkan beg galas dan beg kecil di atas tepian longkang besar. Aku meninjau-ninjau ketibaan teksi.
Baca selanjutnya…

Comments (0)

Cuti Pertengahan Tahun 2014

Posted on 26 May 2014 by zualliz

Cuti dah tiba. Pelan yang dirancang tidak menjadi. Kerja tidak siap. Tetapi pelan seterusnya tetap perlu diteruskan.

Malam ni (26 Mei 2014), aku akan menaiki bas ke Selangor untuk berjumpa isteri, sebelum kami bertolak pulang ke Kedah menaiki keretapi Khamis nanti (29 Mei 2014).

Perlu bertolak lebih awal walaupun jadual bas bertolak pada pukul 10 malam, kerana kemungkinan sesak disebabkan SUKMA.

SELAMAT BERCUTI!

Nota; tiada gambar terbaru. Lepas cuti baru lebih banyak artikel dan gambar.

Comments (0)

Advertise Here
Advertise Here