Archive | January, 2022

Tags: , , , , , , , , ,

Tahun Baru 2022

Posted on 17 January 2022 by zualliz

Selamat datang 2022. Tahun masih berleluasanya Covid-19 dan berubah norma kehidupan. Jaga jarak fizikal, sentiasa memakai pelitup muka dan jauhi sentuhan fizikal.

Tahun ni saya berpindah masuk ke Kuala Muda. Mohon bertukar pada Mac 2021, result keluar Disember 2021. Saya memohon bertukar untuk memudahkan hantar atau ambil anak ke sekolah. Sekolah yang dipohon dalam kawasan sekolah anak, namun ditukarkan ke sekolah berdekatan rumah.

Dalam mesyuarat pertama 2022, saya diputuskan mengajar sesi petang. Tahun 1 dan 2. Berubah kehidupan 1 keluarga. Anak isteri pagi, saya petang.

Goldbar 1g New Year 2022 keluaran Public Gold

Sekolah pertama di Kangar.

Sekolah ke-2 di Kuala Perlis.

Sekolah ke-3 di Kulim.

Sekolah ke-4 (terkini) di Kuala Muda.

Kebetulan, bukan? Kebetulan yang sangat cantik. Aturan oleh-Nya. Semua sekolah berada dalam kawasan/daerah yang bermula dengan huruf K (Kangar, Kuala Perlis, Kulim, Kuala Muda).

Kebetulan ke-2;

Sekolah pertama ialah Kampong Salang. Daratan.

Sekolah ke-2 ialah Kayang. Udara.

Sekolah ke-3 ialah Sungai Seluang. Air.

Sekolah terkini ialah SG (Seri Gedong). Masih dalam sungai.

Saya orang Sungai Pau. Berkahwin dengan orang Sungai Perahu. Tinggal di Sungai Petani. Sekarang bekerja di SG.

Comments (0)

Advertise Here
Advertise Here