Categorized | Kehidupan

Malam 27 Mei 2014

Posted on 27 May 2014 by zualliz

Bas yang akan bertolak pada pukul 10 malam dan kerisauan akan kesesakan jalan berdekatan stadium negeri disebabkan SUKMA 2014, memaksa aku bersiap lebih awal agar dapat bertolak lebih awal ke stesen bas Kangar.

Selepas solat Maghrib, aku terus menyimpan motor ke dalam bilik. Pertama kali di simpan di dalam bilik. Sebelum ini hanya menjadikan surau baru dan bengkel lama sebagai tempat menyimpan motor. Susah juga nak menolak motor.

Kemudian, menghubungi stesen teksi Kangar supaya menghantar sebuah teksi bagi mengambil dan menghantar aku ke stesen bas Kangar. Dalam masa menunggu, aku meletakkan beg galas dan beg kecil di atas tepian longkang besar. Aku meninjau-ninjau ketibaan teksi.

‘Plup’. Terdengar sesuatu seperti masuk ke dalam air. Aku melihat beg aku. Ah, sudah! Beg galas aku terjatuh ke dalam air. Banyak barang penting dalam beg tu. Buku, sarung tangan dan wayar charger (antara barang yang aku ingat ada dalam beg galas).

Aku meminta tolong mak cik tuan rumah. Dia cuma mengais tempat beg aku jatuh dengan buluh panjang sambil berkata, mungkin beg tu dah tenggelam. Tak boleh buat pa dah. Tidak!!!

Sambil mencari ikhtiar untuk tetap mengambil semula beg tu, pemandu teksi pula dah tiba. Tapi dia dah berpatah balik sehingga ke jejantas. Kemudian dia berpatah balik lagi dan aku pula, tak sedar dia lalu. Terlajak hingga hampir ke traffic light simpang empat.

Aku bergegas ke teksi sambil menghubungi pemandu. Aku meminta maaf sambil memberitahu masalah yang sedang berlaku. Dia menawarkan diri untuk membantu aku kerana masih awal sebelum aku menaiki bas. Dia menyuluh lebih ke depan, dan, itu dia!

Ternampak beg aku separuh terapung. Betul telahannya. Beg jarang tenggelam. Mungkin ia hanyut kerana air longkang itu mengalir.

Setelah meneliti pilihan yang ada, aku terpaksa menyingsing seluar lalu turun ke dalam air untuk mengambil beg itu. Nak tunggu melepasi laluan bawah tanah tu? Ada himpunan pasir yang menyekat beg tu dari terus hanyut.

Akhirnya dibantu oleh pemandu teksi, beg itu dapat diangkat ke atas. Dalam keadaan basah.

Leave a Reply

Advertise Here
Advertise Here