Categorized | Jawi

Huruf Hijaiyah dan huruf Jawi

Posted on 17 April 2012 by zualliz

Huruf Hijaiyah

Huruf Hijaiyah adalah huruf Arab yang berjumlah 29. Bermula dari alif dan berakhir dengan ya. Namun cara membacanya hanya dengan 3 baris, baris atas (yang berbunyi ‘a’), baris bawah (yang berbunyi ‘i’) dan baris depan (yang berbunyi ‘u’).

Contohnya macam dalam filem P.Ramlee, ba bi bu ta. Haha.. Setiap huruf cuma ada tiga bunyi, (kalau ikut tulisan Rumi, dengan a, i atau u).

Baris atas dinamakan fathah, baris bawah sebagai kasrah dan baris depan sebagai dhommah. Yang paling mudah diingati adalah alif berbaris atas dibunyikan ‘a’, berbaris bawah dibunyikan ‘i’ dan berbaris depan dibunyikan ‘u’.

baris huruf Hijaiyah

Tengok huruf Syin di dalam gambar.

Paling kanan adalah syin berbaris atas, berbunyi sya. Di tengah adalah syin berbaris bawah, berbunyi syi. Paling kiri adalah syin berbaris depan, berbunyi syu. Nampak? a, i, u di akhir bunyi bacaan.

Huruf Jawi

Huruf Jawi pula dibaca seperti membaca tulisan Rumi. Cuma ditulis menggunakan tulisan Jawi. Ada bacaan a, e, e, i, o, dan u. Cuma cara menulis adalah berbeza bagi setiap sebutan.

Ejaan ‘sekolah’ adalah dengan huruf sin-kaf-wau-lam-ha. ‘se’ ditulis tanpa sebarang huruf vokal. Untuk ejaan ‘pendek’ pula, dengan pa-ya-nun-dal-ya-qaf.

Huruf vokal Jawi cuma tiga; alif, wau dan ya. Sama macam bunyi bacaan huruf Hijaiyah, alif menghasilkan bunyi ‘a’, wau untuk ‘u’ dan ya untuk ‘i’. Tapi sistem tulisan Rumi ada 5 huruf vokal dengan 6 cara bacaan.

Sebenarnya sukar sikit nak tulis perbezaan sebutan e. Contohnya ‘le’ untuk lepak dan ‘ge’ serta ‘leng’ untuk geleng berbeza dengan ‘ke’ untuk kemas dan ‘se’ untuk sekolah. Tak sama kan?

Huruf Jawi tiada baris. Namun sesiapa yang boleh membaca al-Quran atau perkataan Arab, tidak sukar membaca Jawi. Selalunya buta huruf Jawi ialah buta huruf Arab / al-Quran.

Huruf Jawi ni asalnya dari huruf Hijaiyah (Arab) juga. Sebab tu huruf Hijaiyah sama dengan huruf Jawi, kecuali huruf Jawi ada tambahan 5 huruf dari huruf Hijaiyah. Jumlah huruf Jawi adalah 25, tak termasuk huruf lam-alif seperti yang aku tunjukkan dalam artikel ni. Sebab huruf tu adalah gabungan 2 huruf, lam dan alif.

(Aku tak nak menulis pasal asal-usul huruf Jawi sebab aku tak tahu. Nanti aku tengok buku yang berkaitan..)

2 Comments For This Post

  1. Butik Blouse Muslimah Says:

    Terima kasih atas penerangan awak … boleh saya tau kat mana bleh dapat laghi
    penerangan tentang topic nie ??

  2. zualliz Says:

    Butik Blouse Muslimah..Terima kasih kerana melawat blog ini..
    Saya baru menulis 1 post tentang topik ni di http://zuhairzainol.com/?p=215

3 Trackbacks For This Post

  1. URL Says:

    … [Trackback]…

    [...] Read More here: zuhairzainol.com/?p=63 [...]…

  2. URL Says:

    … [Trackback]…

    [...] Read More: zuhairzainol.com/?p=63 [...]…

  3. Huruf apa yang tiada dalam Hijaiyah, tetapi ada dalam Jawi? | Zuhair Zainol Says:

    [...] kepada post lama di sini mengenai huruf Jawi tambahan, ada 5 huruf Jawi yang tidak terdapat dalam huruf Hijaiyah. Semua [...]

Leave a Reply

Advertise Here
Advertise Here