Allah lebih menyayanginya..

Posted on 11 April 2013 by zualliz

Hari ini (11 April 2013) seorang murid tahun 1 Amanah dari SK Kampong Salang kembali ke Rahmatullah. Dia menghidap leukemia. Sebelum ni pun, jarang dia hadir ke sekolah. Bila ada tasmik, antara nama yang kerap tidak hadir, murid ni.

Bila diberitahu oleh guru kelas dia sendiri, baru aku faham. Aku tak sangka buruk, cuma sebagai guru aku nak tahu juga sebab seorang murid tu tak hadir. Bila jarang hadir ke sekolah, ramai guru yang ingat-ingat lupa wajahnya. Aku sendiri pun begitu.

Aku teringat seorang rakan lama sewaktu masih di tingkatan 1. Dia menghidap penyakit jantung. Bulan 10 tahun yang sama, dia kembali ke Rahmatullah. Sedih sangat. Macam tu juga perasaan aku bila aku mendengar khabar murid ni dah meninggal.

Bila seorang kanak-kanak meninggal, hanya syurga balasannya. Sebab dia belum menanggung dosa sendiri kerana belum akil baligh. Automatiknya, dia suci dari sebarang dosa.

Aku tak sempat pergi melawat keluarga murid ni dan melihat wajahnya buat kali terakhir sebab aku lambat pulang. Jadi aku terus ke kubur dan melihat upacara pengebumian. Masa aku sampai, tanah sedang dikambus semula. Aku melihat ada 2 wanita separuh umur mengalirkan air mata.

Aku tak kenal mana waris murid ni dan aku juga pasti, mereka tak mengenali aku. Aku tak mengajar kelas 1 Amanah tahun ni. Tapi aku teringin sangat nak bagitau, murid ni akan ditempatkan di syurga. Malah, dia akan menunggu ibubapanya dan menarik mereka ke syurga bersamanya.

Tapi, aku terus pulang.

Innalillahi wa inna ilaihi raji’un (Kita milik Allah dan hanya kepada-Nya kita kembali).

Apa itu Leukemia?

Leukemia adalah sejenis kanser darah yang disebabkan oleh banyaknya sel darah putih dari kebiasaan.

Untuk lebih lanjut, rujuk di sini.

p,s: nak letak gambar, tapi failed to write..alahai..

2 Comments For This Post

  1. Kopun Zalora Says:

    Maaf tanya .. adakah pos yang sebelum nie berkaitan dengan pos nie ?? saya agak keliru dengan link dalam blog awak nie..

  2. zualliz Says:

    Kebanyakan post saya tiada kaitan dengan post sebelumnya, kecuali jika saya meletakkan link rujukan post yang berkaitan.

Leave a Reply

Advertise Here
Advertise Here