Categorized | Kewangan

Bila mahasiswa menyimpan emas

Posted on 25 October 2017 by zualliz

Emas ialah simpanan bermatlamat jangka panjang. Ia kurang sesuai untuk simpanan jangka pendek kerana harganya naik turun setiap hari (disebabkan faktor tertentu), melainkan anda berada di posisi pelabur dan mahir membaca graf pergerakan emas dunia.

Usia paling muda untuk menyimpan sendiri emas ialah apabila bergelar mahasiswa, atau penuntut kolej. Mereka yang mendapat pinjaman atau biasiswa pada setiap semester boleh mengasingkan sejumlah wang tertentu bagi membeli emas.

Pinjaman – (Yuran pengajian + sara hidup) = Emas

Goldbar oleh PG; 1g, 5g, 10g, 20g, 50g & 100g

Hitung yuran pengajian bagi 1 semester, serta kos tambahan lain seperti alatan dan buku yang perlu bagi semester tersebut dan jumlahkan. Kemudian, baki yang tinggal dari pinjaman tersebut, barulah digunakan untuk membeli emas.

Terdapat pelbagai cara yang dapat digunakan dan pelbagai pilihan item emas yang dapat dibeli. Jika berdekatan dengan branch PG, boleh booking online dahulu dan terus bayar apabila mengunjungi branch terbabit. Boleh juga terus walk-in dan beli apa sahaja item yang ada dan bersesuaian bajet.

Antara item yang dapat dibeli ialah denominasi goldbar seperti 0.5g, 1g, 5g, 10g dan 20g, atau dinar seperti 1/2 dinar, 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar.

Jika risau dengan tempat simpan, boleh buka atau tambah akaun GAP (Gold Accumulation Program) @ Program Pengumpulan Emas. Tambah per RM100 atau 1 gram. Sebelum buka/tambah, semak harga semasa GAP di sini.

Manfaatkan emas selepas graduasi

Dinar PG; 1/2, 1, 5 & 10 dinar

Bagaimana memanfaatkan simpanan emas selepas graduasi?

Emas yang dikumpulkan semasa masih belajar, dapat digunakan sebagai deposit rumah, membayar semula pinjaman (sebahagian atau keseluruhan) atau dana kecemasan (jika sudah mendapat pekerjaan dan belum menerima gaji pertama).

Lazimnya tempoh 3 bulan pertama adalah waktu kritikal kerana gaji hanya akan masuk selepas 3 bulan. Masuknya sedebuk, berjumlah 3 bulan. Emas yang ada dipajak, dan ditebus apabila menerima gaji.

Kiraan simpanan emas bagi setiap semester

Jika 1 dinar bagi 1 semester, pengajian selama 4 tahun (8 semester), jumlah simpanan emas adalah 8 dinar.

5 gram bagi 1 semester, jumlahnya menjadi 40 gram (8 keping goldbar 5 gram).

Saya lebih sarankan menyimpan emas dalam denominasi yang kecil supaya mudah dijual dan mudah dipajak. Bila hendak ditebus, tidak membebankan.

Jika mahu memulakan simpanan, whatapps saya di 017-453 7860. Saya akan membantu 😀

Leave a Reply

Advertise Here
Advertise Here