Cabaran Menyimpan 2015

Posted on 24 January 2015 by zualliz

Bersedia untuk cabaran bagi tahun 2015? Jom!

Perkongsian rakan-rakan Facebook mengenai laman web mendedahkan 1 cabaran kewangan bagi tahun baru; Cabaran Menyimpan 2015. Ia berkadar menurut minggu; setiap minggu simpanan dinaikkan mengikut bilangan minggu.

Minggu pertama, simpan RM1. Minggu kedua RM2, dan seterusnya sehingga minggu ke-52, RM52. Jika dijumlahkan simpanan pada akhir tahun, adalah RM1,378!

1 tahun mempunyai 52 minggu, maka jumlah simpanan boleh dikira dengan menggunakan formula RM53 x 26 = RM1,378. Aku sendiri baru menyahut cabaran ini bagi tahun 2015.

Jom Kemaskini Kewangan! 01

Cabaran Menyimpan 2015

Caranya mudah sahaja; buat senarai ikut mingguan (bercetak atau buat sendiri) dan bekas (balang atau apa-apa sahaja untuk menyimpan duit). Setiap minggu, simpan dan tandakan mengikut minggu.

Laman web rujukan untuk cabaran ini kebanyakannya dalam bahasa Inggeris;

  1. Goods Home Design
  2. The Centsable Shoppin
  3. Coordinated Kate
  4. Lemonade And Porch Swings
  5. Slightly Skint

Selamat membaca, selamat menyimpan!

Leave a Reply

Advertise Here
Advertise Here