Posted on 22 March 2020 by zualliz
Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula dari 18-31 Mac 2020 dalam tempoh 2 minggu (14 hari) ialah tempoh mengehadkan pergerakan.
Kurangkan aktiviti di luar rumah. Hanya keluar apabila perlu, terutama untuk membeli makanan. Hanya seorang wakil yang keluar, cuma beli & pulang ke rumah. Jangan singgah di mana-mana tempat, apatah lagi berkumpul melebihi 5 orang pada 1 tempat.
Putuskan rangkaian penyebaran Covid-19.
Posted on 04 January 2018 by zualliz
2016
Tahun 2016, di SK Kampong Salang..
Aku dilantik sebagai guru angkat, guru pembantu @ guru pendamping 4 Amanah. Guru kelas cuti bersalin 3 bulan, aku menggantikannya sebagai guru kelas.
Kelas 2 Amanah, guru pendamping ditukarkan ke sekolah lain pada Jun 2016. Guru kelas cuti bersalin 3 bulan, aku ditugaskan untuk menggantikan guru kelas.
Baca seterusnya…
Posted on 20 April 2017 by zualliz
Minggu ni kena pilih ahli Kelab Video Fotografi. Perlu submit nama sebelum 24 April (Isnin). Memandangkan 22 April kenduri di Gemas, Negeri Sembilan, 23 April dalam perjalanan pulang dan 24 April cuti Israk Mikraj, hanya berbaki minggu ni untuk pilih.
Khamis, 20 April, aku umumkan supaya kelas 4A, 4B, 5A dan 5B tunggu selepas perhimpunan pagi. Selepas asingkan ahli Kelab Robotik dan Kelab Komputer, juga Kelab Seni Berbahasa, aku masih perlu senaraipendekkan sejumlah 57 murid yang berminat untuk menyertai Kelab Video Fotografi.
Baca seterusnya…
Posted on 08 April 2017 by zualliz
Format laptop dan tukar hard disk jenis HDD kepada SSD di kedai komputer Libra, Kangar, memakan kos RM360. Tukar hard disk, RM290. Install antivirus, RM35. Pasang chasing hard disk, RM35.
Tapi sangat berbaloi. Laptop lebih laju. Lebih mudah melakukan kerja. On dan shut down lebih cepat. Jimat masa.
Baca seterusnya…
Posted on 12 March 2016 by zualliz
Mula ditugaskan membuat video (tahun 2012), aku hanya menggunakan Windows Movie Maker. Ia percuma dan paling asas. Mudah digunakan. Lebih kurang 2 tahun menggunakannya walaupun ada hasrat untuk menggunakan yang lebih advance.
Datang seorang guru praktikum opsyen PI pada 2014, menggunakan Power Director membuat video. Lebih advance berbanding Movie Maker. Tetapi ia berbayar dan guru tersebut tidak mempunyai full version. Jika ia diinstall ke dalam PC atau laptop lain, perlu dibeli.
Baca seterusnya…