Archive | Kehidupan

Tags: , , , , , , ,

Selasa, 25 Ogos 2015

Posted on 27 August 2015 by zualliz

Setiap hari selasa, mengikut jadual baru yang bermula selepas cuti pertengahan tahun 2015, adalah hari paling padat. Mempunyai 10 waktu mengajar (1 waktu bersamaan 30 minit) dan 6 waktu daripadanya adalah waktu yang berturut, dengan setiap kelas 2 waktu (6 waktu = 3 jam = 3 kelas).

Tapi, walaupun 10 waktu, hanya 4 waktu (2 kelas) sahaja ialah kelas ‘Ulum, baki 6 waktu lain adalah Tasmik. ‘Ulum pula Tahun 4, manakala Tasmik tahun 2 dan 5.
Baca seterusnya…

Comments (0)

Tags: , , , , , , , ,

3 Cara Menyimpan Jika Makan Gaji

Posted on 09 August 2015 by zualliz

2 dari 3 cara ni aku dah amalkan; Menyimpan Semasa Belanja dengan Teknik Biru dan Menyimpan Selepas Belanja dengan Teknik GST.

Aku amalkan juga Menyimpan Sebelum Belanja tapi hanya dengan mengasingkan jumlah duit berkaitan ke dalam sampul duit. Sebelum GST diperkenalkan, aku pindahkan duit dari akaun Bank Islam ke Tabung Haji dengan caj RM1 bagi transaksi tersebut. Selepas GST diperkenalkan, aku hanya menyimpan duit tersebut dalam sampul duit untuk mengelakkan caj transaksi RM1.06 (tambahan 6% GST bagi setiap kali transaksi).
Baca seterusnya…

Comments (0)

Tags: , , , , , ,

Kesedaran Kewangan-Part 1

Posted on 29 July 2015 by zualliz

Semasa mula menyambung pengajian di Universiti Malaya (UM), seperti anak muda lain, aku memohon PTPTN. Masuk semester kedua tahun pertama, aku mencuba nasib memohon pembiayaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), walaupun diberitahu bahawa pengajian agama kurang mendapat pembiayaan.

Namun, aku tetap mencuba nasib. Belum cuba, belum tahu. Aku memohon bersama 2 rakan lain. Ditakdirkan, mereka lulus dan aku gagal. Masih segar di ingatan, aku membuat rayuan dan mengeposnya pada hari terakhir tempoh rayuan.
Baca seterusnya…

Comments (0)

Kemanisan cinta selepas berkahwin

Posted on 08 July 2015 by zualliz

Isnin (MULA2 BERKENALAN di Stesen KTM)

Mamat : Assalamualaikum.. Hai awak, saya nak berkenalan dengan awak boleh tak..?

Minah : Waa’laikumussalam.. Boleh, tapi kena jumpa mak bapak aku dulu.. Minta izin.. Kalau mak bapak aku bagi, aku on je..

Mamat : Waaa.. Boleh tahan ek awak ni.. Ok saya jumpa mak bapak awak.. Bagi alamat rumah awak..

Minah : Ni i/c aku, cepat la salin alamat aku..
Baca seterusnya…

Comments (0)

Tags: , , , , ,

Selamat Datang 2015!

Posted on 13 January 2015 by zualliz

2015 tiba dengan tanggungjawab baru, perbelanjaan yang bertambah dan kejutan dalam kerjaya.

8 Januari 2015, genap anak sulungku, Muhammad Arsyad Zikri berumur 2 bulan. Dia dilahirkan pada 8 November 2014 di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah melalui pembedahan.
Baca selanjutnya…

Comments (0)

Advertise Here
Advertise Here