Cergas dan cerdas

Posted on 05 May 2015 by zualliz

Pelajar perempuan cergas dalam sukan. Mewakili sekolah dan PKP dalam bola tampar. 7 orang adalah Tahun 6, baki 5 lagi adalah Tahun 5 (2), Tahun 4 (1) dan Tahun 3 (2).

Mewakili sekolah, memenangi perlawanan peringkat PKP. Sekaligus layak mewakili PKP dalam perlawanan peringkat negeri.

Tetapi sayang beribu sayang, perlawanan bola tampar peringkat negeri yang dijadualkan berlangsung pada 6 & 7 Mei 2015 (Rabu & Khamis) ini bertembung dengan program sekolah bagi pelajar Tahun 6 yang akan diadakan pada 7-9 Mei 2015 (Khamis-Sabtu) ini.

IMG_9161

Pelajar Tahun 6 yang cemerlang dan disasarkan mendapat 5A dalam UPSR tahun ini (2015) akan diterbangkan ke Kuala Lumpur untuk belajar bersama pelajar dari sebuah sekolah di sana.

Pertembungan antara perlawanan dan program Tahun 6 ini menyaksikan pengguguran peserta Tahun 6 perempuan dari mewakili PKP Jejawi (SK Kampong Salang dalam PKP Jejawi) untuk mengelakkan masalah lain; penggantian peserta pada petang Khamis (7 Mei 2015) jika layak ke separuh akhir.

Oh ya, hanya peserta perempuan dari SK Kampong Salang yang mewakili PKP Jejawi manakala peserta lelaki dari SK Dato Kayaman. Perlawanan bola tampar peringkat negeri Perlis ini akan diadakan di SK Panggau.

Leave a Reply

Advertise Here
Advertise Here