Categorized | CCC 2012

Creative Content Challenge 2012

Posted on 06 May 2012 by zualliz

Sekarang ni aku sibuk untuk menghasilkan video, untuk pertandingan Creative Content Challenge 2012 (Cabaran Isi Kreatif 2012). Ia pertandingan menghasilkan video kreatif antara sekolah-sekolah negeri Perlis.

Bagaimana video yang dikategorikan sebagai kreatif? Aku pun kurang pasti. Mungkin dari aspek isi, effect dan apa jua yang berkaitan (fikir sendiri)..

Namun, bukan semua sekolah mempunyai kepakaran untuk menghasilkan video kreatif sendiri. Justeru, 1 bengkel diadakan, khusus untuk mengajar para murid yang mewakili sekolah masing-masing dalam menghasilkan video untuk pertandingan ini.

Untuk bengkel pertama yang diadakan pada 14 April lepas, para murid diajar untuk menulis skrip dan storyboard berkaitan video yang ingin dihasilkan kelak. Ia penting untuk melihat idea para murid; setakat mana kreatifnya idea mereka.

Bengkel ke-2 pula diadakan pada 28 April, 2 minggu selepas itu. Dalam bengkel ini, barulah murid diajar bagaimana untuk mengedit video yang telah dihasilkan (walaupun video sebenar belum dihasilkan).

Aku yang menjadi guru penyelaras, untuk membimbing murid dalam penghasilan video ni, turut wajib menghadiri kedua-dua bengkel ni. Dapat pengalaman baru berkaitan video.

Untuk bengkel pertama, digunakan software Celtx. Aku yang baru pertama kali menggunakannya pun agak terkial-kial belajar dalam bengkel tu. Tapi, ok la. Mudah digunakan. Penerangan jelas.

Dalam bengkel ke-2, peserta didedahkan dengan penggunaan software KdenLive. Tapi, untuk menggunakannya, perlu install Ubuntu dulu. Sekali lagi, aku pun blur pasal Ubuntu ni..

Aku pernah baca pasal Ubuntu dalam Majalah PC tapi masih kurang jelas kelebihannya berbanding Windows dari Microsoft. Tapi best bila belajar edit video!

Petang tadi (5 Mei 2012), telah dijalankan penggambaran untuk video yang akan dirakam nanti. Tapi, bila pelakon cuma budak-budak bawah umur (haha..), diorang ni payah nak serius. Kerap gelak..Adohai..

Creative Content Challenge 2012 berlangsung sehingga 22 Mei 2012. Pendek kata, diberi masa untuk menghasilkan video sehingga tarikh tersebut.

Leave a Reply

Advertise Here
Advertise Here