Categorized | Pendidikan

Cuti akhir tahun 2012

Posted on 08 November 2012 by zualliz

Hari persekolahan 2012 sudah sampai ke penghujungnya. Bermula 10 November 2012 hingga 1 Januari 2013, murid akan bercuti selama 7 minggu. Aku yang baru bertugas 4 minggu setelah bercuti 4 bulan, akan bercuti lagi.

Tapi cuti ni ada pengisian tersendiri. Pada 13hb Nov hingga 15hb Nov 2012 (Selasa hingga Khamis), aku menyertai lawatan ke Melaka. Penginapan dibiaya, hanya perlu membayar tambang bas sebanyak RM50 setiap orang.

Kira ok la. Duit tak banyak yang keluar, tapi boleh berjalan-jalan. Ditanggung untuk guru dan staf SK Kampong Salang. Guru yang pergi kebanyakannya perempuan dan membawa keluarga masing-masing. Hanya aku yang pergi secara individu dan tanpa teman.

Yang kedua, temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), pada 28 Nov 2012. Bertempat di IPG Perlis, pukul 10.30 pagi, temuduga ini penting untuk pengesahan jawatan sebagai guru tetap berstatus DG 41.

Rasa berdebar juga, dengan khabar angin yang menyatakan temuduga ini semakin sukar. Penemuduga semakin tegas. Harap-harap kami dari IPG Perlis semuanya lulus dan segera disahkan sebagai Pegawai Pendidikan Siswazah (PPS) DG 41.

Selepas temuduga, baru aku akan pulang ke kampung dan berehat sepanjang bulan Disember sehingga 26hb Disember kerana adanya mesyuarat guru kali pertama tahun 2013.

Leave a Reply

Advertise Here
Advertise Here