Categorized | Pendidikan

Digital Story Telling

Posted on 27 April 2017 by zualliz

Dilantik sebagai guru Penyelaras ICT @ guru Bestari di sebuah sekolah yang memang popular dengan ICT bukan mudah. Awal tahun, banyak kerja perlu disiapkan.

Datang surat untuk Pertandingan Game Online Tapir Hero. Kemudian penyertaan pertandingan Digital Story Telling. Sebuah pasukan bagi sebuah sekolah. Kemudian BTP Negeri akan memilih pasukan terbaik sebagai wakil negeri.

Sehingga artikel ini ditulis, aku masih belum faham sepenuhnya konsep pertandingan ini. Guru Besar pula mengarahkan agar dibentuk 2 buah pasukan, untuk memberikan pengalaman kepada murid terpilih. Biar pun hanya 1 pasukan akan mewakili negeri, 1 pasukan lagi dapat menimba pengalaman berharga.

Idea? Biar ia datang sendiri. Menonton filem dan anime, aku baru dapat idea untuk tema Kisah Tauladan, dengan memasukkan konsep ‘Imbas Kembali’.

Sememangnya pengalaman baru bagiku. Terima kasih SK Kayang!

Leave a Reply

Advertise Here
Advertise Here