Emas untuk pendidikan anak-anak

Posted on 05 July 2018 by zualliz

Antara matlamat simpanan emas ialah sebagai dana pendidikan anak-anak.

Menyimpan duit kertas seperti yang kita tahu, terdedah kepada inflasi. Walaupun nombornya masih sama, nilainya berkurangan tiap tahun. Inflasi tetap ada, hanya sikit atau banyak.

Emas lebih sesuai untuk simpanan jangka panjang kerana kalis inflasi dan kuasa beli dengan emas kekal. Harga emas meningkat setiap tahun, walaupun sebenarnya nilai duit kertas yang menurun.

Bagaimana menyediakan dana pendidikan anak-anak?

Terdapat pelbagai cara, bergantung kepada bajet yang ada.

Boleh beli secara retail. Call branch berdekatan, lock harga dan kunjungi branch tersebut untuk bayar dan ambil emas.

Boleh bayar ansuran sebanyak 4 atau 10 kali (bergantung kepada berat emas). Cukup pembayaran, kunjungi branch dan ambil emas.

Boleh juga topup akaun emas GAP setiap bulan. Kemudian, cukup gram yang kita nak, bayar premium dan ambil emas di branch berdekatan.

Berapakah gram yang diperlukan?

Terpulang. Mungkin agak berat bagi ibubapa untuk menyimpan emas setiap bulan bagi setiap anak dengan gaji yang sedikit. Apatah lagi untuk membeli sekaligus emas dengan berat tertentu bagi setiap anak.

Cadangan saya;

  1. Topup akaun emas GAP milik anak ikut giliran, serendah RM100.
  2. Atau, beli syiling emas 1 dinar, jongkong emas 5 gram @ 10 gram setiap tahun, 1-2 kali dan simpan sendiri.
  3. Boleh jual @ fungsikan emas (pajak gadai). Jual ikut bajet bersesuaian. Jika sayang, pajak gadai setiap semester. Ajar anak untuk urus kewangan supaya berusaha untuk menebus semula emas yang dipajak gadai agar tidak dilelong.

Kenapa perlu menyediakan dana pendidikan anak-anak?

Kerana kehidupan selepas tamat pengajian tinggi lebih mencabar. Ramai anak muda yang baru mula bekerja terus meminjam untuk membeli kereta tanpa mengukur kemampuan diri sendiri. Pinjaman pendidikan belum habis, sudah terikat dengan pinjaman baru.

Dengan adanya dana pendidikan yang ibubapa sediakan, mereka dapat memulakan pengajian tinggi tanpa sebarang pinjaman @ biasiswa, dan sekaligus memudahkan kehidupan mereka selepas tamat.

Mohd Zuhair (PG 054 189) 017-453 7860

6 Julai 2018 / 22 Syawal 1439

Leave a Reply

Advertise Here
Advertise Here