Categorized | Jawi

Huruf Alif; permulaan

Posted on 27 April 2012 by zualliz

Huruf pertama dalam huruf Hijaiyah dan huruf Jawi ialah huruf Alif. Huruf ni bentuknya mudah diingati; panjang dan tegak.

Huruf Alif

Nak ajar budak-budak untuk ingat huruf Alif, tunjuk contoh yang mudah; pen, pembaris. Tapi pembaris panjang sikit kot? Cuma bagitau, huruf Alif tegak macam pen dan pembaris (pegang pen dan pembaris, tunjuk kat mereka). Tiada bengkang bengkok atau bulat.

Cara nak tulis, tarik pensil dari atas ke bawah. Kenapa kena tunjuk cara menulis gak? Sebab ada sesetengah pelajar (terutama tahun 1) menulis ikut cara dia. Ikut yang cara yang mudah bagi dia. Ada yang tulis huruf tak ikut cara yang betul. Takut ada pelajar tulis huruf Alif, dari bawah ke atas.

Huruf Alif dalam Jawi

Dalam Jawi, huruf Alif ialah salah satu huruf vokal selain 2 huruf lain. Ketiadaan huruf ni dalam tulisan bermakna suku kata tersebut tidak dieja dengan vocal ‘a’ dan dieja dengan vocal ‘e’. Kecuali dalam sesetengah ejaan suku kata, walaupun memang dieja dengan ‘a’ dalam tulisan Rumi, ia memang tiada huruf Alif dalam suku kata.

Contohnya, sekolah; dengan ejaan sin-kaf-wau-lam-ha. Walaupun suku kata ‘lah’ ada vocal ‘a’, namun dalam ejaan tulisan Jawi, tidak diletakkan huruf Alif antara huruf lam dan ha.

Apabila ia diletakkan di awal perkataan, ia boleh dibunyikan dengan 2 bunyi; ‘a’ atau ‘e’. Contohnya, untuk mengeja ‘emak’; alif-mim-qaf. Untuk ‘abang’; alif-ba-nga. Contoh lain; emas, dieja dengan alif-mim-sin.

Namun, alif juga digunakan untuk vocal ‘e’ (seperti pendek), ‘i’, ‘o’ dan ‘u’.

Sebab?

Huruf ‘wau’ dan ‘ya’ jika berdiri sendiri, dibaca dengan huruf ‘w’ (untuk ‘wau’) dan huruf ‘y’ (untuk ‘ya’). Jika 2 huruf ini berada di depan perkataan, ia bukan berbunyi vocal (e, i, o, u) tapi w dan y.

Alif + Wau

Jika huruf Alif dan wau, bunyinya ialah ‘u’ atau ‘o’. Contohnya; ubat. Dieja dengan alif-wau-ba-ta.  Contoh lain; ukur, usang, ulam, ular, ulat dan perkataan yang bermula dengan ‘u’ dan dieja dengan sebutan ‘u’ (perkataan universiti bermula dengan ‘u’ tetapi dibaca dengan ‘yu’).

Contoh untuk perkataan yang bermula dengan huruf ‘o’ (jika dalam Rumi) ialah obor-obor, otak, oleh, opah dan perkataan lain yang bermula dengan huruf ‘o’. Jika dieja oleh; alif-wau-lam-ya-ha. Alif dan wau berbunyi ‘o’.

Alif + Ya

Jika huruf Alif dan ya, bunyinya ialah ‘i’ atau ‘e’. Ikan dan ipar antara contoh perkataan yang bermula dengan huruf ‘i’ dan di dalam tulisan Jawi, ditulis dengan huruf Alif dan ya. Ikan dieja dengan alif-ya-kaf-nun (tengok gambar di atas).

Untuk ‘e’ pula, contoh perkataan ialah ekor, ekar dan esa (tunggal). Ekor dieja dengan alif-ya-kaf-wau-ro. Ejaan ekar pula berbeza; alif-ya-kaf-ro. Cuma hilang satu huruf, menjadikan ia berbeza bunyi dan maksud. Untuk ejaan esa; alif-ya-sin-alif. Jika digugurkan huruf ya, ia berbunyi asa. Berbeza kan?

Ringkasannya..

Ringkasnya, dalam sistem tulisan Jawi, huruf Alif ialah huruf vocal. Namun bila ia di hadapan, ia dibunyikan dengan 6 bunyi vocal seperti dalam tulisan Rumi, dengan tambahan huruf wau dan ya.

Alif untuk ‘a’ dan ‘e’ (emas); alif dan ya untuk ‘e’ (ekor) dan ‘i’ manakala alif dan wau untuk ‘o’ dan ‘u’.

p.s: dah terlalu panjang. Nanti kita sambung untuk huruf Alif dalam Hijaiyah pula..

Leave a Reply

Advertise Here
Advertise Here