Categorized | j-QAF, Jawi, Pendidikan

Tags |

Huruf Jawi (yang ditambah)

Posted on 12 February 2014 by zualliz

Merujuk kepada post lama di sini mengenai huruf Jawi tambahan, ada 5 huruf Jawi yang tidak terdapat dalam huruf Hijaiyah. Semua huruf ni disesuaikan dengan sebutan dalam tulisan Rumi.

Sebenarnya aku terlupa, ada lagi satu huruf tambahan. Semuanya ada 6.

Huruf-huruf tersebut ialah Ca (چ), Nga (ڠ), Pa (ڤ), Ga (ݢ), Va (ۏ) dan Nya (ڽ).

Ca, Nga, Pa dan Nya bertitik tiga, manakala Ga dan Va bertitik satu. Semua huruf ni diubahsuai dari huruf sedia ada.

Ca sama bentuk dengan huruf Jim (ج), Ha (ح) dan Kho (خ). Dalam ayat mudah, dah bertambah 1 lagi kembar..haha.

Nga sama bentuk dengan ‘Ain (ع) dan Ghin (غ). Nasib baik tiada bertitik dua..

Pa sama bentuk dengan Fa (ف). Jangan salah faham, Fa (ف) dan Qof (ق) adalah berbeza bentuk. Fa lebih panjang, Qof lebih bulat @ perut buncit.

Nya pula bertitik tiga, seperti Sa (ث), tetapi lebih bulat (perut buncit) seperti Nun (ن). Perbezaannya, apabila bersambung, titik huruf Nya akan jatuh ke bawah bagi membezakannya dengan Sa.

Ga pula sama bentuk dengan Kaf (ک), dibezakan dengan satu titik.

Akhir sekali, Va yang menyerupai Wau (و), juga dibezakan hanya dengan satu titik.

Mudahnya, ditambah titik. Tiada huruf yang berbentuk baru. Bentuk sama, hanya berbeza bilangan titik. Satu atau tiga..

ج ح خ چ

ع غ ڠ

ف ق ڤ

ڽ ن ب ت ث

ک ݢ

و ۏ

Nampak tak susunan huruf Jawi di atas? Huruf Nya diletakkan dengan Ba, Ta, Sa dan Nun. Bila bersambung, perut dikempiskan, titik Nya diletakkan ke bawah; contohnya

Nyanyuk (ڽاڽوق)

Pening juga nak letakkan huruf Nya ni; dalam kembar Ba, Ta dan Sa, atau kembar Nun?

 

Leave a Reply

Advertise Here
Advertise Here