Imbasan 2016, Selamat tinggal 2017, Selamat datang 2018

Posted on 04 January 2018 by zualliz

2016

Tahun 2016, di SK Kampong Salang..

Aku dilantik sebagai guru angkat, guru pembantu @ guru pendamping 4 Amanah. Guru kelas cuti bersalin 3 bulan, aku menggantikannya sebagai guru kelas.

Kelas 2 Amanah, guru pendamping ditukarkan ke sekolah lain pada Jun 2016. Guru kelas cuti bersalin 3 bulan, aku ditugaskan untuk menggantikan guru kelas.

6 bulan menjadi guru pendamping 2 kelas berbeza; 4 Amanah & 2 Amanah. Mencipta sejarah, sedangkan ada lagi guru lain yang tidak menjadi guru kelas & guru pendamping.

Hujung tahun, PK Ko buat mesyuarat Ko kali ke-4, aku sebagai Setiausaha (S/U) yang disoal, “Ustaz, nak buat agenda pa?”. Aku hanya setiausaha, hanya menerima arahan untuk menaip surat panggilan mesyuarat dan mencatat minit mesyuarat. Bukan PK Ko yang memberikan arahan.

15 Disember 2016, aku bertugas di sekolah. Menerima surat arahan pertukaran. Ditukarkan atas arahan JPN Perlis, dan diberikan nama oleh Guru Besar. Bahkan, surat arahan pertukaran juga dihantar ke kampung dengan nama aku dan isteri.

16 Disember 2016, melaporkan diri di sekolah baru, SK Kayang.

2017

Dilantik sebagai guru kelas 6 Dinamik. Guru Pengakap dan guru Aset.

Selepas 2 bulan lebih, guru Penyelaras Bestari (a.k.a Guru Bestari) bercuti disebabkan kanser. Aku disoal berkaitan kesudian mengambil alih tugas sebagai guru Bestari dan aku sanggup menerimanya.

Menjadi guru Bestari, bertukar menjadi guru kelas 4 Amal. Selepas menghadiri kursus kejurulatihan 3 kelab anjuran MDEC, aku menubuhkan Kelab Video Fotografi.

Baru 2 bulan lebih, cuti pertengahan tahun dan puasa.

Jun 2017

Menerima khabar gembira, pertukaran diluluskan. Namun, dalam gembira dapat tinggal bersama anak isteri, ada khabar sedih. Terpaksa meninggalkan murid dan rakan guru SK Kayang yang baru rapat dan mesra.

18 Jun 2017, bertugas secara rasmi di SK Sungai Seluang.

Dealer Public Gold

Menjadi Normal Dealer PG sejak Julai 2016. Aku target untuk mencapai 300 frontlines pada 2018.

SELAMAT DATANG 2018! MOGA LEBIH INDAH DAN BAIK DARI TAHUN SEBELUMNYA..

Leave a Reply

Advertise Here
Advertise Here