Categorized | Kewangan

Tags | , ,

Jewel In The Palace

Posted on 19 July 2012 by zualliz

Hari ni tamat sudah drama Korea, Jewel In The Place yang ditayangkan di saluran al-Hijrah, channel 114. Mengandungi 54 episod, sememangnya banyak pengajaran yang boleh dikutip dari drama ini.

1.   Usaha luar biasa

Untuk menjadi orang yang luar biasa, perlukan usaha yang luar biasa. Bukan sekadar melakukan perkara yang biasa dilakukan oleh orang lain. Janggeum, dalam cerita ini, banyak membaca buku berkaitan perubatan untuk memastikan rawatan yang dilakukannya lebih berkesan.

2.   Matlamat dan tujuan yang kuat

Usaha yang dilakukan pula memerlukan matlamat dan tujuan yang kuat. Bukan sekadar biasa-biasa. Ia akan menjadi benteng dalam menghadapi cabaran dan dugaan untuk mencapai tujuan dalam melakukan sesuatu.

3.   Bukan cinta biasa

Cinta tidak semestinya memiliki. Kadang kala cinta perlu dilepaskan, biar diri merana, asalkan yang dicintai bahagia. Maharaja yang mengaku bahawa dia cintakan Janggeum, watak utama dalam drama ni, tidak melantiknya sebagai gundik. Dia dilepaskan untuk mencurahkan bakti dalam bidang perubatan.

4.   Orang yang dengki

Biasa la. Usaha yang gigih dan luar biasa, akan menghasilkan hasil yang luar biasa. Ganjaran tersebut datang bersama orang yang cemburu dan iri hati dengan kejayaan tersebut. Cemburu sebab kejayaan yang dikecapi dan takut akan kehilangan kuasa oleh sebab seseorang itu.

Menonton bukan sekadar membuang masa tetapi untuk melihat kehidupan ini dengan lebih terbuka. Ambil pengajaran dari apa jua aspek.

Leave a Reply

Advertise Here
Advertise Here