Jika kita membenci seseorang..

Posted on 10 March 2012 by zualliz

Semalam (9 Mac 2012), saya menerima mesej dari seseorang dalam Facebook. Mesej mengutuk dan memaki saya kerana mengganggunya.

Secara peribadi, saya merasakan mesej tu dari teman lelaki si wanita (mesej tu datang dari akaun FB seorang wanita). Dia menyerang peribadi saya, mengatakan saya sebagai seorang pondan dan terhegeh-hegeh.

Ada sebab saya diserang sebegitu. Tapi matlamat tak menghalalkan cara. Kalau cara seseorang tu salah, sangat tak patut menyerang peribadi orang tu juga. Hanya perangai / tingkah laku seseorang yang patut dibenci dan diperbetulkan.

Benci perangai, bukan orang yang melakukan

Dalam masyarakat kita, banyak yang terjadi begini. Kerana sesuatu perbuatan yang salah, seseorang individu yang melakukannya diserang dengan teruk sekali. Bahkan, kadang-kadang perbuatan tersebut hanya tersilap + baru dilakukan sekali, kutukan dan makian sampai ke tahap latar belakang dan perbuatannya yang lalu.

Kita boleh tengok perbuatan ni dalam politik. Asalkan berlainan parti politik, boleh menyerang dan mengutuk pihak lawan sepuasnya. Aspek pakaian, pemikiran dan sejarah silam diungkit-ungkit, hanya sebab berlainan parti dan tak sehaluan pemikiran.

B*b* & p*k*

Dalam mesej tu juga, saya diserang dengan perkataan b*b* dan p*k*. Perkataan b*b* diulang sebanyak 2 kali. Perkataan p*k* pula, mungkin dia tersilap taip, atau saya sendiri tak faham maksud. Dia menulis p*l*.

Amboi, sampai cam tu sekali saya dikutuk. Saya tak rasa kasihan untuk diri sendiri, tapi perlakuan camni menunjukkan betapa rendahnya moral orang yang mencaci. Andai kita hendak memperbetulkan atau berdakwah pun, tak dihalalkan dengan cara sebegitu. Orang akan lebih menjauh dan membenci kita.

Dakwah kita takkan mencapai maksudnya. Jelas dan nyata, orang ini hanya membenci, bukan mahu memperbetulkan.

Facebook & boyfriend / girlfriend

1 trend juga, di kalangan orang yang berkasih (bercinta), si girlfriend akan memberikan email dan password yang digunakan untuk log in ke FB kepada si boyfriendnya. Kononnya sebagai tanda cinta dan membuktikan kesetiaannya kepada si boyfriend yang dicintai.

Bagaimana saya tahu si lelaki yang menghantar email? Dari bahasanya yang sangat teruk. Sepanjang perkenalan saya dengan si wanita tersebut, saya akui si wanita agak playgirl tapi dia ok. Bahasanya tak kasar. Opss, hubungan saya dengan si wanita Cuma sebagai kawan, tak lebih. Dari situ, saya mengagak si lelaki / boyfriend yang menghantar mesej sebegitu.

Nasihat saya (kepada orang yang bercinta), tak usah terlalu mengongkong dan mengawal teman istimewa anda. Mungkin anda cemburu dan berpendapat ianya demi keharmonian hubungan, tapi ia tak bagus untuk jangka panjang. Lama-kelamaan teman anda sendiri akan memutuskan hubungan, dengan alasan anda kuat cemburu dan dia tak bebas.

Sebelum anda sendiri mengambil sesiapa sebagai teman istimewa, perhatikan dulu sosialnya. Adakah dia memang jenis sosial? Banyak teman / rakan / kawan lelaki yang rapat, selalu keluar dengan kawan lelakinya dan telefon bimbit sentiasa kedengaran bunyi mesej masuk?

Jika ya, berwaspadalah. Anda takkan dapat mengubahnya, walaupun selepas kahwin. Anda menerima dia begitu, jangan diharapkan dia akan berubah mengikut kehendak anda. Nanti akan berlaku kes mengawal dan cemburu buta. Langkah terbaik, jangan pernah berkasih dengan orang sebegini. Jauhi terus.

Akhirnya..

Dalam mesej tersebut, dia juga menulis supaya saya tak ganggu dia (lebih tepat, teman wanitanya). Kalau saya buat lagi, siaplah saya! Dah dapat amaran keras..

Apa yang saya buat? Mudah ja.. Saya unfriend dia (si wanita) dari senarai friend saya di FB. Dia tak ingin saya ganggu dia, saya seribu kali tak ingin ambil tahu pasal dia!

Mungkin juga kalau benar si lelaki yang menghantar mesej, bukan salah si wanita. Tapi bahaya kalau terus rapat dengan orang yang dikawal dan mempunyai teman istimewa yang terlalu ambil tahu..

Langkah terakhir, saya block dia. Saya tak ingin ambil tahu pasal dia selamanya, dan dia takkan tahu apa-apa pasal saya, juga selamanya!

Puas? Tak juga. Sebab saya tiada sebab untuk membenci orang jenis begitu. Prinsip saya; jangan serabutkan fikiran dengan memikirkan hal orang yang dibenci. Kalau kita benci seseorang, jangan ambil tahu langsung! Biarkan dia dengan dunia dia..

Leave a Reply

Advertise Here
Advertise Here