JLT ke-31

Posted on 02 August 2018 by zualliz

Pada 21 & 22 Julai yang lalu, saya menghadiri JutawanEmas Leadership Training atau, ringkasnya JLT, yang ke-31. Ini JLT yang ke-3 bagi saya sejak menjadi dealer Public Gold bermula Julai 2016. Sudah 2 tahun lebih rupanya saya menjadi dealer Public Gold, mendidik orang ramai mengenai kepentingan menyimpan emas.

JLT ke-31 ini diadakan di Hotel Sunway, Seberang Jaya, Pulau Pinang, bagi edisi utara selama 2 hari 1 malam sahaja. Berbanding sebelum ini, ia diadakan di The Regency Jerai Hill Resort, Yan, Kedah, selama 3 hari 2 malam. Berpindah tempat dan pengisian lebih padat.

Peserta hanya seramai 16 orang (termasuk 2 staf Public Gold Indonesia), 2 urusetia dan 3 speaker. Yuran penyertaan hanya RM550 atau bersamaan 3.2 gram emas (ditolak dari akaun emas GAP).

Pengalaman sebagai peserta

Walaupun nama event dan speakernya masih sama, namun pengisiannya berbeza. 3 kali join, 3 kali juga pemahaman saya dalam sistem topik yang diulas, berbeza. Kupasan dan ulasan oleh mentor juga semakin mantap dan mendalam.

Analoginya seperti seorang guru yang mengajar subjek yang sama untuk beberapa tahun. Pengalaman mengajar akan meningkatkan isi pengajaran dan kupasan bagi setiap subtopik yang diajar.

Saya mendaftar pada jam 8.30 pagi selepas mengambil rakan dealer di KTM Bukit Tengah, Seberang Perai, Pulau Pinang, sebelum menyertai peserta lain memulakan aktiviti outdoor. Hanya mendaftar masuk bilik hotel sebelum Maghrib. Dapat 2 rakan sebilik, sama seperti JLT yang disertai kali pertama pada Disember 2016.

16 peserta, dibahagi kepada 4 kumpulan kecil yang diberi nama negara. Kumpulan saya? Albania. Setiap kumpulan mempunyai 2 ahli lelaki dan 2 ahli perempuan. Kebetulan kumpulan saya mempunyai seorang staf PG Indonesia. JLT kali ni memang ramai crossline, rakan dealer saya yang sama upline mentor, Encik Mohd Zulkifli bin Shafie, dan dari PG Sungai Petani.

Apa yang dikutip dari JLT?

Pengalaman menyertai JLT kali pertama (Disember 2016), barulah saya nampak cara menjalankan bisnes PG. Cara menjalankannya dengan harmoni dan menjimatkan masa berbanding buat cara sendiri (try & error).

PG sediakan mentor yang telah terbukti cara mereka, mengikut cara masing-masing. Hanya copy & combine (tiru & gabung) @ tiruvasi (tiru + inovasi). Selalu bernetworking dengan rakan dealer dan dalam radar mentor serta hadir PG1S yang diadakan setiap minggu Selasa.

Join sekali, baru tahu. Join kali ke-2, pengukuhan. Join kali ke-3, pengayaan. Kita akan lebih tahu info terkini mengenai PG dan recharge semangat.

Seperti kata mentor saya, Encik Mohd Zulkifli bin Shafie dalam blog beliau, Mohd Zulkifli, dengan menghadiri JLT, kita akan;

(1) dapat ilmu baru
(2) recharge energy
(3) fine tune halatuju bisnes
(4) networking dengan dealer-dealer seluruh Malaysia yang ada kemajuan
(5) networking dengan staff utama PG di Malaysia.

Dream Chart

Antara subtopik yang menarik dalam JLT ialah Dream Chart (Carta Impian). Cari gambar impian yang kita ingin capai dan lekat di kad manila. Persembahkan kepada rakan peserta.

Bila balik, gantung di tempat yang kita boleh selalu tengok, supaya gambar itu akan masuk ke dalam minda separa sedar. Kita akan dipandu tanpa sedar agar berusaha untuk mencapai impian tersebut. (Gambar, bukan sekadar tulisan)

Ulasan mentor saya berkenaan JLT ke-31 ini dapat dibaca di blog beliau, Mohd Zulkifli. Beliau merupakan speaker rasmi PG dan mentor yang diakui oleh PG serta telah membimbing lebih 5,000 dealer di seluruh Malaysia, Brunei dan Indonesia.

Saya belajar dari beliau. Saya bukan pakar, tetapi saya belajar dari pakar sebelum menjadi pakar.

#PG054189 #ZuhairZainoldotcom

 

Zuhair Zainol

Bertam

2 Ogos 2018

Leave a Reply

Advertise Here
Advertise Here