Categorized | Kehidupan

Kelab baru; Video Fotografi

Posted on 20 April 2017 by zualliz

Minggu ni kena pilih ahli Kelab Video Fotografi. Perlu submit nama sebelum 24 April (Isnin). Memandangkan 22 April kenduri di Gemas, Negeri Sembilan, 23 April dalam perjalanan pulang dan 24 April cuti Israk Mikraj, hanya berbaki minggu ni untuk pilih.

Khamis, 20 April, aku umumkan supaya kelas 4A, 4B, 5A dan 5B tunggu selepas perhimpunan pagi. Selepas asingkan ahli Kelab Robotik dan Kelab Komputer, juga Kelab Seni Berbahasa, aku masih perlu senaraipendekkan sejumlah 57 murid yang berminat untuk menyertai Kelab Video Fotografi.

Kelas 4B (Bakti) cerdik. Diberi arahan supaya tulis nama murid yang masih tinggal di tapak perhimpunan, dibuang nama murid lain, berbaki hanya 6 murid perempuan.

Kelas 4A (Amal), 5 murid perempuan terpilih. Murid lelaki perlu ditapis.

Kelas 5B (Bakti), hanya murid perempuan dipilih, atas sebab-sebab tertentu.

Ketika artikel ini ditulis, 26 murid sudah dipilih. Masih tinggal 4 murid lelaki 4A untuk disenaraipendekkan.

Payah juga nak pilih ahli. Tambahan pula melibatkan kamera. Macam best guna kamera. Macam mudah je. Padahal ada cara, ada istilah. Nanti selepas genap 12 kali perjumpaan, ahli kelab akan menerima sijil.

Leave a Reply

Advertise Here
Advertise Here