Categorized | Agama, j-QAF

Kem Literasi Al-Quran 2013

Posted on 29 September 2013 by zualliz

Bertempat di SK Putra, telah diadakan Kem Literasi Al-Quran 2013 peringkat negeri Perlis pada hari Sabtu, 28 September 2013. Bertujuan untuk membanteras pelajar Tahun 5 yang masih membaca Iqra’ 5 dan ke bawah, mereka sepatutnya sudah membaca al-Quran jika mengikut sukatan j-QAF.

Aku yang diamanahkan sebagai fasilitator, mendapar 7 orang peserta lelaki yang perlu DIBUNUH DIPULIHKAN, termasuklah seorang peserta yang masih membaca Iqra’ 1.

Pendaftaran pada pukul 8 pagi, sebelum taklimat diberikan kepada para fasilitator. LDK 1 dimulakan pada pukul 9 pagi dan berakhir pada 10.30 pagi sebelum kudapan pagi selama 1/2 jam. LDK 2 juga selama 1 dan 1/2 jam. Kemudian para fasilitator dan peserta berehat dari pukul 12.30 hingga 2 petang untuk makan tengah hari dan solat Zohor.

Dari 7 orang peserta, hanya 3 orang yang membawa Iqra’ sendiri. Oleh itu, aku terpaksa mewujudkan murid turus untuk mengajar; 3 orang peserta yang telah membaca Iqra’ 5 (2 orang) Iqra’ 6 (seorang) mengajar 4 orang peserta yang masih membaca Iqra’ 1 (1), Iqra’ 2 (1) dan Iqra’ 3 (2). Peserta Iqra’ 6 mengajar 2 orang peserta Iqra’ 3, manakala seorang peserta Iqra’ 5 mengajar peserta Iqra’ 1 dan seorang lagi peserta 5 mengajar peserta Iqra’ 2.

LDK 3 yang juga merupakan LDK terakhir pada pukul 2 petang dimulakan agak lewat kerana memberikan kesempatan kepada peserta kumpulan aku untuk berehat lebih lama. Kelas 5 Syukur yang diberikan untuk kem ini, dan terletak di tingkat 4 bangunan baru agak meletihkan bila dipanjat. Nak sampai kelas pun dah bakar banyak lemak..huhu..

Dari kem ini, ada seorang peserta Iqra’ 5 yang berbakat menjadi murid turus. Memahami apa yang aku sampaikan dan mengikutinya, serta sabar dalam mengajar rakannya yang masih membaca Iqra’ 1. Memang aku kagum dan puji.

Majlis perasmian penutup dimulakan pada pukul 4 petang dan ucapan perasmian penutup oleh Ustaz Zulkifli bin Deraoh dari Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Perlis. Majlis berakhir selepas penyampaian hadiah kepada 10 peserta terbaik lelaki yang disampaikan oleh Ustaz Zulkifli dan 10 peserta terbaik perempuan yang disampaikan oleh Guru Besar SK Putra.

p.s: sedap juga nasi lemak yang disediakan untuk kudapan pagi. Tak sempat sarapan nasi lemak sebelum pergi ke kem. Dah habis bila aku sampai di kedai..

2 Comments For This Post

  1. Pemasaran FB Automatik Says:

    Setuju!!! satu hari saya yakin blog nie pasti jadi terkenal…
    awak memang terbaik dalam idea dan penulisan… tahniah

  2. zualliz Says:

    Terima kasih. Blog ini hanyalah blog peribadi, berkongsi cerita kehidupan. Terima kasih kerana sudi membaca dan mendoakan saya. Moga terus membaca artikel terbaru saya selepas ini..

Leave a Reply

Advertise Here
Advertise Here