Categorized | Kehidupan, Kewangan

Kesedaran Kewangan-Part 1

Posted on 29 July 2015 by zualliz

Semasa mula menyambung pengajian di Universiti Malaya (UM), seperti anak muda lain, aku memohon PTPTN. Masuk semester kedua tahun pertama, aku mencuba nasib memohon pembiayaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), walaupun diberitahu bahawa pengajian agama kurang mendapat pembiayaan.

Namun, aku tetap mencuba nasib. Belum cuba, belum tahu. Aku memohon bersama 2 rakan lain. Ditakdirkan, mereka lulus dan aku gagal. Masih segar di ingatan, aku membuat rayuan dan mengeposnya pada hari terakhir tempoh rayuan.

Selepas rayuan, aku berjaya. Selepas berjaya mendapat pembiayaan JPA, aku perlu membatalkan PTPTN dan membayar semula pinjaman bagi 2 semester sebelum itu.

Ketika itu, terdetik di hati aku, duit banyak keluar. Tapi, duit yang masuk sedikit. Aku terfikir untuk mencari peluang membuat duit. Aku tidak tahu peluang lain. Aku cuma tahu, aku perlu belajar membuat duit.

Mineral Coffee

Kebetulan selepas itu, aku diajak seorang rakan untuk menyertai Multi Level Marketing (MLM). Sebuah syarikat MLM yang terkenal di kalangan mahasiswa ketika itu, antaranya ialah Hai-O. Aku diajak menyertai MLM dan menjadi downline rakan aku.

MLM terkenal di kalangan mahasiswa kerana peluang membuat duit lebih cepat, kelebihan mahasiswa yang mempunyai network lebih luas dan kurangnya bebanan kewangan dan masa bagi mahasiswa.

Hai-O adalah MLM pertama yang aku sertai sebelum 1 lagi syarikat MLM selepas itu..

Leave a Reply

Advertise Here
Advertise Here