Categorized | Pendidikan

Lama dan baru; mana lebih baik?

Posted on 17 July 2017 by zualliz

Aku disoal oleh seorang rakan guru sekolah lama, “Sekolah lama dengan sekolah baru, mana lagi best?”

Aku hanya menjawab, “Tiada yang sempurna. Setiap sesuatu ada kelebihan dan kekurangan.” Kurang bijak apabila membandingkan sesuatu yang memiliki sifat yang kompleks.

Apabila dikatakan sekolah, ia pasti dikaitkan dengan pentadbir, guru, murid, bilik guru, kelas, bangunan, lokasi, jadual waktu dan lain-lain.

Lama tidak semestinya buruk. Baru tidak semestinya baik. Cuma, barunya sesuatu mengujakan kita. Tetapi yang baru pasti akan lama. Hanya masa yang menentukan.

Di Kayang, kelas murid Tahap 1 & 2 berdekatan. Di Sungai Seluang, kelas murid Tahap 2 di bangunan baru 4 tingkat. Kelas murid Tahap 1 di bangunan lama.

Kayang belum ada surau sendiri, manakala Sungai Seluang sudah ada surau.

Tetapi, persamaan antara Kayang dan Sungai Seluang; setiap tahun 4 kelas. Jumlah murid lebih kurang 700 orang. Kampong Salang je yang setiap tahun 2 kelas. Bila murid sikit, lebih cepat kenal.

Leave a Reply

Advertise Here
Advertise Here