Categorized | Kewangan

Laman web dan blog baru

Posted on 29 February 2012 by zualliz

Laman web sekolah

Sekarang saya sedang menyiapkan laman web sekolah (saya sebagai webmaster @ admin laman web). Saya dilantik sebab saya guru paling muda. Ye la, kan orang muda je yang lebih tahu pasal teknologi, terutama laman web dan segala yang berkaitan dengan internet. Kalau orang tua (berumur @ berusia), payah sikit nak belajar benda baru dan tidak berminat untuk menerokai perkara baru. Kita semua pun akan lebih berusia pas ni..

Perlantikan sebagai webmaster ni sejak hujung tahun lepas dan semua webmaster yang dilantik (sekolah-sekolah di Perlis) sudah menghadiri bengkel Joomla. Tapi sedih sebab, ilmu dah dapat tapi kerja tak dapat dilakukan. Bandwith JPN Perlis tidak cukup untuk menampung semua sekolah-sekolah rendah yang belum mempunyai laman web. Waktu tu, bila cuba masuk laman web sekolah, jadi ERROR!

Al-kisahnya bersambung, cuti hujung tahun pun bermula. Saya terpaksa menghadiri kelas di IPG Perlis untuk Kursus Dalam Cuti (KDC) selama 3 minggu. Kemudian berehat 2 minggu dan datang semula ke Perlis (saya orang Kedah) untuk mesyuarat sekolah. Ingatan terhadap pengisian bengkel Joomla yang diadakan pada awal November 2011 dah jadi suam-suam kuku..

Menghadap semula laman web sekolah, jadi b.l.u.r… Dah lupa langkah yang perlu dibuat. Masuk bulan Februari, lebih genting. Awal bulan Mac akan diadakan penilaian terhadap laman web sekolah. Guru-guru lain pula sibuk bertanya. Saya pula sedang menjalani praktikum yang hanya akan berakhir pada 27 April 2012 (selama 12 minggu @ 3 bulan). Banyaknya kerja!

Blog peribadi .com

Sebelum ni saya dah ada sebuah blog di blogger. Tapi nama tak cantik. Dengan nama .blogspot.com. Jadi tetiba terdetik nak bina blog sendiri dengan domain .com. Akan dilancarkan secara rasmi (macam hebat?) pada masa yang sama dengan laman web sekolah. Tapi tidak akan didedahkan lagi buat sementara waktu. Nak tulis artikel lagi.

 

1 Comments For This Post

  1. Van Guillama Says:

    Laman web dan blog baru | Zuhair Zainol Great stuff

Leave a Reply

Advertise Here
Advertise Here