Magnet Kekayaan & Kejayaan

Posted on 11 October 2015 by zualliz

“Formula terbukti berjaya untuk menarik kebahagiaan, kekayaan, kejayaan & keberkatan ke dalam hidup anda”.

Nukilan Dr Azizan Osman, terbitan tahun 2014 oleh Azizan Osman Publication Sdn Bhd.

Formula Kejayaan MESTI;

  1. M-Mentor
  2. E-Elmu
  3. S-Sistem/Strategi
  4. T-Tindakan
  5. I-Impian

 6 Keperluan Manusia untuk berjaya;

  1. Mendapatkan sesuatu yang pasti (terjamin dan stabil)
  2. Mendapatkan sesuatu yang tak pasti (cabaran)
  3. Menjadi signifikan (menonjol dan penghargaan)
  4. Mendapatkan perhubungan dan kasih sayang
  5. Membangun
  6. Menyumbang

IMG_1434

11 Ketakutan yang membinasakan manusia;

  1. Ditolak
  2. Gagal
  3. Miskin
  4. Dikritik
  5. Sakit
  6. Kehilangan orang yang tersayang
  7. Berjaya
  8. Keseorangan
  9. Tua
  10. Mati
  11. Kehilangan sesuatu

16 Deklarasi Minda Jutawan (untuk diamalkan);

  1. Saya adalah seorang pengurus kewangan yang hebat.
  2. Saya sentiasa membayar diri saya terlebih dahulu.
  3. Saya menabung ke dalam akaun bebas kewangan saya setiap hari.
  4. Wang bekerja keras untuk saya dan membantu saya membina lebih banyak kekayaan.
  5. Saya mempunyai pendapatan pasif yang cukup untuk menampung gaya hidup pilihan saya.
  6. Saya bebas kewangan.
  7. Bisnes sampingan saya ialah menguruskan dan melaburkan wang saya serta membina pendapatan pasif yang kukuh.
  8. Saya mempunyai sistem dan strategi kewangan yang betul.
  9. Saya menjadikan individu yang telah berjaya sebagai contoh dan sumber inspirasi saya.
  10. Saya percaya wang mempunyai nilai yang boleh menjadikan hidup saya lebih bermanfaat.
  11. Saya percaya wang itu penting kerana ia adalah lambang kebebasan.
  12. Saya layak untuk menikmati kekayaan kerana saya menambah nilai kepada ramai orang.
  13. Saya adalah orang yang suka memberi dan juga seorang penerima yang baik.
  14. Saya sangat bersyukur dengan kekayaan yang saya miliki hari ini.
  15. Peluang-peluang keemasan sentiasa berkunjung ke dalam hidup saya.
  16. Pencapaian saya semakin maju hari demi hari.

Semoga perkongsian ini menambahkan ilmu para pembaca!

Leave a Reply

Advertise Here
Advertise Here