Categorized | Jawi

Mari Mengenal Jawi

Posted on 10 April 2012 by zualliz

Bahasa Jiwa Bangsa

Setiap bangsa mempunyai bahasanya tersendiri. Ditutur dan ditulis dengan gaya pertuturan dan tulisan sendiri. Malahan, bahasa juga yang menunjukkan keunikan dan keistimewaan bangsa tersebut berbanding bangsa lain.

Sebab itu, wujud kata-kata, Bahasa Jiwa Bangsa. Bahasa adalah jiwa dan roh bangsa. Tanpa bahasa, matilah bangsa. Hina dan lesulah bangsa tersebut. Apabila sesuatu bangsa tidak mahu mengamalkan bahasa sendiri, siapa lagi yang mahu mengamalkannya?

Takkan nak suruh bangsa lain pula? Mereka pun ada bahasa sendiri.

Walaupun bangsa itu mempunyai budaya, adat resam dan pakaian yang masih dipertahankan, tetapi hancur sudah jiwa bangsa. Hanya kerana bahasanya tidak diamalkan.

1 Bangsa 1 Bahasa 1 Pertuturan 1 Tulisan

Wah, banyak pula 1 kat tajuk. Macam 1 Malaysia pula. Haha.. Bukan macam tu.

Setiap bangsa lazimnya mempunyai 1 bahasa sahaja. Dan bahasa tersebut pula hanya mempunyai 1 cara pertuturan dan 1 jenis tulisan.

Bila kita bersoal mengenai bahasa, memang tak dapat lari dari percakapan / pertuturan yang menggunakan mulut dan tulisan yang menggunakan tangan. Setiap bahasa akan ada 2 ciri asas ni; cakap / tutur / sebut dan tulis.

Sebab tu, ada juga sesetengah orang yang pandai bercakap dalam sesuatu bahasa tetapi tidak pandai untuk menulisnya. Ada juga yang faham tapi tak boleh membalas atau bercakap.

Untuk mahir bercakap, perlu selalu mendengar dan bercakap semula (mengulang). Untuk mahir menulis, perlu selalu membaca.

Tulisan Jawi Jiwa Bangsa Melayu

Sebenarnya bangsa Melayu mempunyai 2 tulisan; tulisan Rumi dan TULISAN JAWI. Itulah yang istimewa dan uniknya bangsa Melayu.

Kenapa saya mengatakan tulisan? Sebabnya mudah sahaja; ia ditulis. Bila dibaca / disebut, ia adalah bahasa Melayu. Bukan bahasa Jawi. Tiada bahasa Jawi, hanya tulisan Jawi.

Tulisan Rumi adalah seperti artikel yang anda sekarang. Hurufnya adalah a, b, c, … sehingga ke huruf z. Tapi tulisan Jawi pula adalah alif, ba, ta, … sehingga ya.

Yups, hurufnya adalah sama seperti huruf Hijaiyah (huruf Arab). Tetapi dengan penambahan beberapa huruf untuk disesuaikan dengan tulisan Rumi.

Huruf_Jawi_Terkini

Huruf Jawi Terkini

Yang dibulatkan adalah huruf yang ditambah. Huruf-huruf ni tiada dalam huruf Hijaiyah. Ia takkan dijumpai dalam al-Quran.

Nak tau lagi mengenai huruf Jawi? Nanti aku akan cerita pasal setiap huruf, satu persatu. Mari Mengenal Jawi!

2 Comments For This Post

  1. AzizMostafa Says:

    Semarak Jawi
    http://typophile.com/node/74436
    Semoga Berjaya

  2. zualliz Says:

    Terima kasih..

Leave a Reply

Advertise Here
Advertise Here