Minggu 14 (1-7 April 2013)

Posted on 07 April 2013 by zualliz

Minggu pertama persekolahan selepas cuti pertengahan penggal pertama selama 1 minggu. Dalam bulan Februari dah bercuti seminggu (cuti Tahun Baru Cina), bulan Mac pun bercuti seminggu juga. Nasin baik tiada cuti seminggu dalam bulan April. Tapi bulan Mei dan Jun ada cuti 2 minggu, iaitu cuti pertengahan tahun 2013.

Surat

Mula persekolahan, dah dapat surat. Surat kursus manikayu peringkat pengenalan bagi pemimpin pengakap pada 27hb April nanti. Aku baru bercadang nak menghadiri kursus lain pada hari tu. Terpaksa la ditangguhkan ke bulan Mei. Aku menjawat jawatan sebagai guru Pengakap @ pemimpin Pengakap.

Aku nak aktif sebagai pengakap agar murid-murid sekolah aku dapat pengalaman dan bijak bersosial. Tak pasif dan tak menjadi kera sumbang bila melibatkan aktiviti. Sebab tu aku tak kisah untuk berkorban masa dan tenaga. Tapi, nak pergi kursus, kena pastikan uniform pengakap lengkap. Kena korbankan duit pula..

Kemudian, datang pula surat kedua. Meminta senarai nama guru dan murid untuk pertandingan jawi. Seorang guru pengiring dan 3 murid. Nama aku yang dihantar. Tak boleh membantah, aku cuma pergi. Murid-murid akan dihantar dan diambil guru lain. Kira ok la. Boleh juga tengok macam mana pertandingan tu.

Majlis Tadarus al-Quran

MTQ peringkat PKP Jejawi bagi sekolah rendah ni adalah MTQ PKP yang terakhir. PKP lain dah habis mengadakannya. Sekolah aku diberikan tugas untuk menyediakan buku program @ brosur @ pamplet. Dalam minggu ni aku baru diberitahu mengenai tugas ni. Nasib baik dah ada laptop baru :D.. Boleh juga melepak di surau waktu petang sambil layan wireless.

Teringin nak belajar Microsoft Publisher, aku pun cuba menggunakannya. Tak sukar sangat, cuma jarang menggunakannya. Ye la, dah biasa bergelumang ngan Microsoft Word. Nanti aku nak cuba buat kad kenduri..haha..

PRU 13

Parlimen dah bubar. Tapi tarikh PRU 13 masih samar. Memang pemimpin negara ni gemar menyusahkan orang. Dah la lambat nak bubarkan parlimen, pastu minta diberikan mandat sekali lagi. huhu..

Aku cuma x sabar nak jalankan tugas sebagai rakyat; memilih pemimpin yang difikirkan layak. Bab politik ni pun satu hal. Sukar nak dibincangkan. Mungkin nanti masa PRU, aku akan bertugas sebagai petugas PRU 13. Khamis lepas, aku dapat panggilan supaya mengisi borang maklumat petugas pilihan raya.

Aku sangka jawatan tu dah digantikan dengan orang lain sebab aku tidak hadir taklimat pada bulan Jun 2012. Nak buat macam mana, bertembung dengan kelas di IPG. Takkan nak ponteng kelas? Nanti dibuang kerja..haha

Tunggu je la surat panggilan taklimat. Kak tu bagitau, mungkin akan ada taklimat lagi. Selamat Mengundi!

Setting Arab dan Jawi

Dah ada laptop baru, dengan Windows 7, mungkin lebih mudah untuk menyiapkan RPH dengan bertaip. Tapi bila aku masukkan softcopy RPH yang sedia ada, ada simbol kotak pula. Adui, takkan nak kena taip lain pula?

Cari font dan setting jawi, pastu taip lain softcopy rph harian. Ye la, mudah nak edit nanti. Siap gak, pastu baru buat post ni.

p.s: Lama betul tak update blog ni 😀

 

Leave a Reply

Advertise Here
Advertise Here