Minggu 21 (10-16 Jun 2013)

Posted on 19 June 2013 by zualliz

Minggu pertama dalam penggal ke-2.

Minggu Penghayatan Isra’ Mi’raj 1434 H

Panitia Agama Islam SK Kampong Salang telah memutuskan, minggu ini ialah minggu penghayatan Isra’ Mi’raj. Sebelum cuti  lagi, pelbagai aktiviti dirancang untuk menghidupkan minggu ini dan memberikan kesedaran berkaitan Isra’ Mi’raj kepada para murid.

Isra’ Mi’raj bagi tahun 2013 M ini ialah pada hari Khamis, bersamaan 7 Jun 2013, iaitu pada minggu ke-2 cuti pertengahan tahun 2013. Disebabkan itu, minggu pertama selepas cuti ini dijadikan Minggu Penghayatan Isra’ Mi’raj 1434 H.

Aktiviti yang dirancang diagihkan kepada guru-guru panitia. Antaranya, aktiviti mewarna dan cari kata jawi bagi Tahap 1 manakala kuiz agama dan silang kata jawi bagi Tahap 2. Setiap guru agama bertanggungjawab untuk memastikan aktiviti yang diberikan dapat dijalankan.

Bertuah kerana bilangan guru PI dan j-QAF seramai 7 orang (2 lelaki dan 5 perempuan). Tetapi sekarang terdapat seorang guru agama (lelaki) yang menggantikan guru j-QAF BA (perempuan) yang mengambil cuti bersalin, Tempoh cuti bersalin sehingga 31 Julai 2013. 3 lelaki dan 4 perempuan.

Aku ditugaskan untuk membuat silang kata jawi berkaitan Isra’ Mi’raj. Agak sukar sebab perlu dibuat dalam tulisan jawi dan dibuat sendiri. Sukar tetapi boleh dilakukan. Cari maklumat berkaitan dan cipta petak silang kata sendiri.

Pertandingan Bercerita peringkat PKP Jejawi bagi tahun 2013

Pada hari Rabu, 12 Jun 2013, sekolah aku menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Bercerita peringkat PKP Jejawi bagi tahun 2013. Dijalankan pada waktu petang, aku ditugaskan bagi Tahap 2 dalam kategori Bercerita Spontan. Aku perlu menguruskan hal berkaitan gambar, di depan peserta dan penonton.

Apabila peserta mencabut undi (9 nombor untuk 9 gambar), gambar bagi nombor yang dicabut perlu diletakkan di atas music stand di atas pentas untuk dilihat oleh peserta manakala penonton boleh melihat gambar yang dipancarkan melalui LCD ke skrin. Tempoh masa yang diberika ialah 1 minit untuk persediaan dan 3 minit untuk bercerita.

Tapi, apa yang aku lihat, semua peserta Tahap 2 (hanya 8 orang, 1 lagi menarik diri) bagi kategori Bercerita Spontan, bercerita tidak melebihi 1 minit (termasuk untuk persediaan). Cabut undi, berdiri beberapa saat di pentas sambil melihat gambar dan berfikir isi untuk bercerita, dan bercerita. Tidak lebih dari 1 minit.

Mungkin gementar. Tatabahasa pun lintang pukang. Ada peserta yang bercerita mengenai budak sesat, “Kami cuba menghampiri..”. Kelakar bukan? Perkataan ‘cuba’ yang diletakkan, menggambarkan seolah-olah dia dan kawannya (dalam cerita tersebut) menghampiri budak yang tersesat itu beberapa kali sebelum berjaya.

Bercerita spontan 1 minit persediaan + 3 minit bercerita X 8 peserta, sepatutnya bersamaan 4 X 8 = 32 minit. Tetapi tidak sampai 1 minit pun bagi setiap peserta, hanya 8 minit yang dihabiskan. Oleh itu, majlis habis lebih awal untuk berehat sebentar.

Semasa rehat, terdapat seorang peserta perempuan Tahap 1 dari sekolah lain yang agak comel. Berkulit cerah. Oh ya, peserta Tahap 2 semuanya perempuan. Bagi Tahap 1 pula, hanya seorang sahaja peserta lelaki.

Pos laju dan Gila cop

Memulakan minggu pertama bagi penggal ke-2 2013, pada hari Isnin, 10 Jun 2013, aku sudah mencari sesuatu di pejabat sekolah. Alhamdulillah, emas GCP 1 gram yang dibeli telah sampai. Gembira tidak terkata.

Pada hari Khamis, 13 Jun 2013 pula,  cop dan buku cari kata jawi yang dibeli dari seorang kenalan di Facebook telah selamat sampai ke sekolah. Membayar RM60 untuk 3 buah buku dan 1 set cop, rupanya cop yang dihantar ialah cop Arab. Bukan cop jawi seperti yang diminta. 1 set cop mengandungi 12 cop, yang boleh ditukar kepalanya.

Apabila diberitahu mengenai kesilapan tersebut, penjualnya meminta maaf dan akan mengirimkan set cop Jawi pada petang keesokannya (Jumaat).

Kemudian, aku membeli 1 lagi cop Jawi dari kenalan lain, juga melalui Facebook. Dibayar pada Khamis malam, penjual mengirimkannya pada petang keesokannya (Jumaat). 1 set cop Jawi ini berharga RM60, disertakan dengan stamp pad dan bekas untuk mengisi 14 cop tersebut. Tetapi kelebihannya, tidak perlu menukar kepala cop.

Kebetulan pada Selasa lepas (11 Jun 2013), aku turut membeli sebuah buku pelaburan hartanah yang ditulis oleh Dr. Wan Shah Razali (DSR). Tetapi buku tersebut hanya akan dipos pada petang Jumaat.

Memang kebetulan kan? 3 barang yang dibeli dan dibayar melalui Maybank2u (secara transfer dari akaun Maybank sendiri), semuanya dihantar melalui pos laju pada petang Jumaat. Tak sabar nak terima 3 barang melalui pos laju pada Isnin seterusnya.

Sabtu, 15 Jun 2013

Pada petang Sabtu, 15 Jun 2013, berkunjung ke Tesco Mergong untuk membeli buku. Stok buku dah banyak dan belum habis dibaca, tapi masih teringin membeli lagi. Memang betul, membeli dan membaca adalah perkara berbeza. Membeli sebab berminat dan hendak menambahkan ilmu. Tapi masih tidak sempat untuk membaca.

Akhirnya buku Why We Wants You To Be Rich edisi Bahasa Melayu berjaya dimiliki. Sebelum ni aku pernah meminjam buku ini tetapi dalam Bahasa Inggeris, dari perpustakaan awam Kangar. Belum sempat dihabiskan, tarikh memulangkannya sudah sampai.

Aku turut membeli buku Chicken Soup for the Souls edisi Bahasa Melayu; Cipta Kebahagiaan Kita. Sebelum ni, dah memiliki Chicken Soup for the Souls edisi Bahasa Melayu; Berfikir Positif. Buku lama belum dihabiskan, buku baru sudah masuk rak..

Sebuah lagi buku yang dibeli ialah Retire Young, Retire Rich edisi Bahasa Melayu. Ditulis oleh Robert T. Kiyosaki, buku ni memang belum pernah aku baca. Rich Dad, Poor Dad dan How To Increase Your Financial IQ sudah dibaca walaupun dalam Bahasa Inggeris. Membaca dalam bahasa asal buku tersebut diterbitkan lebih menarik bagi aku, walaupun aku kurang cerdik dalam Bahasa Inggeris.

Popular terdekat ialah di Tesco Mergong sebab tiada cawangan Popular di Perlis. Ada banyak kedai buku di Perlis, tapi aku berminat membeli di Popular kerana diskaun diberikan kepada ahli dan buku yang dijual lebih kemas (Aku jenis menjaga buku. Tak boleh lipat atau simpan dengan kurang kemas. Kena disusun,)

Cukuplah 3 buah buku (sebenarnya 4 buah buku dan 1 e-book) bagi bulan Jun 2013 ni. Harga semua sekali RM136.70..2 buah buku dan 1 e-book berkaitan kewangan, 1 buah buku mengenai pelaburan hartanah dan 1 buah lagi mengenai motivasi. Melabur untuk diri sendiri tidak rugi!

3 Comments For This Post

  1. Buat Duit Di Rumah Says:

    Baru jer semalam famili saya sembang pasal nie… hari nie
    jumpa blog awak … tahniah atas penerangan yg bermanafaat nie.
    .

  2. zualliz Says:

    Sama-sama. Terima kasih kerana membaca dan menulis komen.

  3. Nilan Says:

    herot tu mule2 je tu.. lama2 sok smooth la tu.. wa pon gune mouse je.. mula2 dulu herot jugak.. skang pon herot jugak snbreaenye..tp da better sket la..silap2 sampai ketagih beb.heheh

Leave a Reply

Advertise Here
Advertise Here