Minggu 24 (30 Jun-4 Julai)

Posted on 04 July 2014 by zualliz

Perasmian Bulan Panitia Agama

Bulan Ramadhan lazimnya diberikan kepada Panitia Agama untuk menjalankan aktiviti yang bersesuaian. Minggu ni pula adalah minggu pertama berpuasa. Bersempena dengan kedatangan Ramadhan 1435 dan Bulan Panitia Agama bagi tahun 2014, diadakan perasmian Bulan Panitia Agama pada perhimpunan rasmi mingguan Isnin baru ini.

Mulanya, idea asal ialah parody Raja Bomoh, dengan seorang pelajar memegang sepasang selipar di kedua-dua belah tangan, Seorang pelajar lagi membaca buku yang diletakkan di atas rehal. 2 pelajar ini akan ditolak di atas troli oleh 2 pelajar lain.

Konsep perasmian ini ialah barangan yang boleh diinfaqkan. Setiap guru agama diberikan tanggungjawab mencari barang seperti rehal, majalah @ buku agama, telekung, selipar, kain pelekat dan jubah.

Pelajar yang menolak troli memakai kain jubah, pelajar yang menaiki troli pula memakai telekung dan kain pelekat. Setelah sampai di tapak perhimpunan, mereka akan menyerahkan banner kepada Guru Besar, sebagai simbolik perasmian Bulan Panitia.

Kelakar juga bila pelajar lelaki memakai telekung..hehe

Imarah Surau

2 Julai 2014. Dijadualkan untuk lawatan ke surau sekolah oleh pegawai JPN Perlis dari SektorPendidikan Islam sempena aktiviti imarah surau. Tetapi memandangkan pegawai berkenaan mempunyai kerja lain, lawatan yang dijadualkan ditangguhkan ke hari lain.

Mungkin minggu depan.

Imarah surau antara aktiviti dalam bulan Ramadhan, anjuran Sektor Pendidikan Islam (SPI), JPN Perlis. Setiap tahun. SPI akan melawat sekolah-sekolah negeri Perlis dan memeriksa item dan alatan di surau sekolah terbabit. Dokumentasi program, fail berkaitan surau, panitia Agama, j-QAF dan surau serta lain-lain.

Bermulanya solat sunat Hajat & Dhuha mingguan

IMG_6184

Solat sunat Hajat berjemaah di pagi Jumaat (4 Julai 2014)

UPSR 2014 dah dekat. Tinggal 2 bulan lebih lagi. Jumaat (4 Julai) adalah permulaan bagi solat sunat Hajat dan Dhuha mingguan. Selepas ini akan diadakan setiap pagi Jumaat. Cuma tak sempat membaca Yasin kerana kekangan waktu dan menggunakan waktu pelajaran Bahasa Inggeris.

Bacaan Yasin diadakan pada waktu rehat Tahap 2, hari yang sama, dengan penglibatan oleh semua pelajar Tahap 2. Moga kecemerlangan UPSR dari tahun-tahun lepas dapat dipertingkatkan, sekurang-kurangnya dikekalkan..

Leave a Reply

Advertise Here
Advertise Here