Minggu 8 (17-21 Februari 2014)

Posted on 11 March 2014 by zualliz

Kejohanan Olahraga Balapan & Padang PKP Jejawi ke-21 2014

Bertempat di stadium mini SMK Syed Hassan, lantikan sebagai pegawai kejohanan olahraga balapan dan padang PKP Jejawi yang ke-21 bagi tahun 2014, aku kurang jelas akan skop dan bidang tugas aku.

Isnin, 17 Februari, aku terus ke stadium walaupun aku pasti hari itu bukan hari aku bertugas. Aku tidak menghadirkan diri ke sekolah dari pagi. Namun aku hadir ke stadium pada pagi itu kerana tugas lain; sebagai jurugambar tidak rasmi. Puas hati bila aku dapat mengambil gambar terbaik pelajar sekolah aku.

Lompat jauh, lompat tinggi, lontar peluru, 100 m, 200 m, 4 x 100 m dan 4 x 200 m antara kategori yang dipertandingkan.

Waktu petang, aku terlewat sedikit kerana terlajak tidur.

Perasmian penutup diadakan pada petang Selasa (18 Februari). Seorang pelajar SK Kampong Salang, Faiz Aiman bin Idrus dinobatkan sebagai olahragawan bagi kejohanan ini kerana berjaya memecahkan rekod lontaran peluru, manakala juara keseluruhan dimenangi oleh SK Jejawi dengan kutipan 7 emas, 3 perak dan 8 gangsa.

SK Kampong Salang hanya mengutip 7 emas, 3 perak dan 1 gangsa. Perbezaan hanya pada jumlah pingat gangsa yang dikutip. Andainya pelajar perempuan yang juga anak guru, Hanis Izyani bertanding dalam kategori 100 m perempuan bawah 12, mungkin emas sudah dalam genggaman dan pastinya sekolah ku menjadi juara keseluruhan.

Yang lebih pasti, tiada rezeki. Apakan daya..

Didahului oleh pelajar SK Kampong Salang.

Didahului oleh pelajar SK Kampong Salang.

Munaqasyah Ilmiah Guru Pendidikan Islam 2014 yang pertama

Antara sektor yang paling kerap mengadakan perjumpaan ialah Sektor Pendidikan Islam JPN Perlis. Dengan jumlah guru PI yang paling ramai, mengatasi bilangan guru opsyen lain, boleh dikatakan sebulan sekali akan diadakan perjumpaan.

Bagi bulan Februari 2014, dipilih tarikh 19 Februari (Rabu) bertempat di dewan SMK Putra. Munaqasyah ilmiah ini adalah untuk membincangkan (bedah buku) yang bertajuk Ibadat Mukmin. Tapi aku sedikit kecewa kerana tidak sempat membeli disebabkan bilangan buku yang dijual sedikit. Tidak menyamai bilangan guru PI dan j-QAF yang hadir.

Klinik Hoki 2014

Pada 21-23 Februari 2014 (Jumaat hingga Ahad), seramai 10 pelajar dipilih untuk menyertai Klinik Hoki anjuran program PINTAR TNB. Bertempat di UNITEN, pelajar-pelajar ini diiringi 3 guru penolong dan guru besar.

Para pelajar didedahkan dengan teknik bermain hoki manakala seorang guru perempuan dan GB menghadiri taklimat khas untuk pihak pentadbir. Pergi dan pulang dengan bas yang disewa.

Leave a Reply

Advertise Here
Advertise Here