Minggu 9 (24-28 Februari 2014)

Posted on 11 March 2014 by zualliz

LDP VLE-Frog untuk guru

Pada 26 Februari 2014 (Rabu), bertempat di makmal komputer sekolah, telah diadakan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) bagi Virtual Learning Environment (VLE-Frog) untuk guru.

LDP ini yang bermula pada 12.30 tengah hari, menjemput tenaga pengajar dari JPN Perlis, Encik Juanda dan memfokuskan kepada pembinaan website panitia dalam VLE-Frog. Hari Rabu dipilih kerana tiada kelas tambahan tahun 6, memudahkan penglibatan semua guru, termasuk guru yang mengajar mata pelajaran teras bagi tahun 6.

LDP ini berakhir sebelum pukul 3 petang. Hanya minuman yang dapat diberikan kepada para guru.

LDP VLE-Frog untuk guru bagi tahun 2014

LDP VLE-Frog untuk guru

Perasmian Jom Solat 2014

Hari yang sama, 26 Februari 2014 (Rabu), turut diadakan Perasmian Jom Solat peringkat JPN Perlis. Dimulakan pada pukul 4 petang, ia dirasmikan oleh Ketua Sektor Pendidikan Islam JPN Perlis, En Zulkifli Deraoh. Majlis ini diadakan di dewan terbuka SK Seri Indera, dengan menjemput ketua panitia Pendidikan Islam dan Penolong Kanan 1 serta Guru Besar dari sekolah-sekolah seluruh negeru Perlis.

Para guru yang datang lengkap berpakaian uniform dan sesetengahnya berpakaian korporat. Majlis diakhiri dengan solat berjemaah di dewan tersebut. Jom Solat bertujuan untuk mengajak dan menggalakkan para pelajar supaya menunaikan solat berjemaah sebelum atau selepas aktiviti ko-kurikulum di sekolah.

Pertandingan Action Song 2014

Pada 1 Mac 2014, berlangsungnya pertandingan Action Song di Ipoh, Perak. Pelajar yang terlibat seramai 12 orang, dari 3 Siddiq pergi ke tempat pertandingan dengan menaiki bas dan diiringi 6 orang guru, termasuk 2 orang guru pelatih.

Walaupun tidak mendapat tempat, tahniah diucapkan atas komitmen para guru dan pelajar dalam memberikan yang terbaik. Semoga pertandingan ini menambahkan pengalaman kepada para pelajar.

Leave a Reply

Advertise Here
Advertise Here