Minggu Lawatan Penanda Aras (9-13 Mac 2015)

Posted on 26 March 2015 by zualliz

Sebenarnya minggu tersebut adalah minggu peperiksaan bulan Mac. Tetapi aku diarahkan untuk mengikuti lawatan; seminar dan 2 hari lawatan penanda aras.

Membawa pelajar ke Stadium Negeri untuk latihan hoki pada pagi 8 Mac 2015 (Ahad), aku diarahkan oleh Guru Besar untuk menggantikan PK HEM, Encik Sobri bagi seminar mengenai rotan di Penang bertarikh pada 10 Mac (Selasa). Kebetulan pula hari tersebut adalah hari permulaan peperiksaan bulan Mac. Aku tidak kisah tetapi perlu diberitahu kepada setiausaha peperiksaan, Puan Hafizah supaya tidak diletakkan nama aku untuk sebagai pengawas peperiksaan pada hari tersebut.

Bas bertolak pada pukul 7 pagi dari Dataran Lestari JPN Perlis, sampai di tempat seminar pada pukul 10 pagi. Walaupun seminar sudah bermula, dek kerana lapar, sempat bersarapan dahulu. Kemudian, barulah mengikuti perjalanan seminar. Pembentangan kertas kerja oleh pensyarah, wakil guru, wakil kesatuan guru (NUTP), wakil PIBG dan wakil persatuan pencegahan jenayah. Seminar diakhiri dengan soalan oleh peserta dan penyampaian hadiah kepada para pembentang.

Para peserta dan pembentang dijamu makan tengah hari sebelum bertolak pulang. Peserta dari Perlis menaiki 2 buah bas; sebuah untuk lelaki dan sebuah lagi untuk perempuan. Bas berhenti di R&R Gurun untuk solat sebelum berhenti sekali lagi di Cendol Pulut Haji Johari, Napah, Jitra. Tetapi bas peserta perempuan terus bertolak pulang kerana kehendak penumpang yang tidak mahu menjamu selera di kedai tersebut. Bas sampai di Dataran Lestari pada pukul 4 petang.

Sampai di rumah pukul 4.30 petang, aku menerima panggilan dari seorang rakan sejawat berkenaan Lawatan Penanda Aras Surau Imarah pada pagi esok. Tujuan lawatan adalah untuk melawat 2 buah surau; 1 surau sekolah rendah (di Kamunting, Taiping) dan 1 surau sekolah menengah (di Bagan Serai) di Perak yang memenangi pertandingan Imarah Surau peringkat kebangsaan pada tahun lepas.

Lawatan Penanda Aras Surau Imarah

Lawatan Penanda Aras Surau Imarah

Layan gambar yang diambil semasa Lawatan Penanda Aras di Surau al-Hasanah, SMK Sri Kurau, Bagan Serai, Perak di sini.

Leave a Reply

Advertise Here
Advertise Here