Petunjuk Jalan Kekayaan

Posted on 15 September 2015 by zualliz

Buku ni aku pinjam dari Perpustakaan Awam Negeri Perlis Kangar. Habis baca, nak tulis ulasan dulu, tu yang lambat pulangkan. Sekali pinjam 3 buah, baca jarang-jarang, pastu nak ulas dulu, baca kali ke-2.

Karya Dato’ Rusly Abdullah @ lebih dikenali sebagai Chef Li yang turut menghasilkan buku top-seller bertajuk Menjejaki Jutawan Senyap.

IMG_1436

Sifat-sifat guru sesat yang patut dijauhi

  1. Suka menunjuk rupa luaran & cakap tak serupa bikin
  2. Mudah tersinggung & tidak boleh menerima teguran
  3. Sukakan hal mistik
  4. Membotakkan kepala
  5. Suka dipuji dan meninggi diri
  6. Tidak pandai menyimpan rahsia, lidah dan suka cakap sembarangan
  7. Gila harta dan nikmat dunia
  8. Ajarannya banyak yang mengelirukan
  9. Masih setahun jagung

6 kunci kekayaan

  1. Mempunyai pendapatan
  2. Menyimpan sebahagian pendapatan secara berterusan
  3. Menggandakan wang melalui pelaburan yang sah dan menguntungkan
  4. Tunaikan hak mereka yang berhak (zakat, sedekah, ibubapa)
  5. Jangan berhutang dan memberikan hutang
  6. Berdoa, bertaqwa dan bertawakal

Keseimbangan antara pintu masuk dan pintu keluar

Cipta 1 sebab untuk orang perlu sentiasa membayar anda

4 jenis sungai perniagaan yang sentiasa mengalir dan tidak pernah surut;

  1. Makanan (petani, penternak, pemborong, penjual, memproses bahan-bahan mentah menjadi bahan komersial, membekal bahan pelengkap bagi makanan, memproses dan menjual makanan segera/dingin beku, membuka warung makanan)
  2. Ubatan dan kesihatan
  3. Pakaian
  4. Pendidikan

Keserasian dalam perniagaan

  1. Perniagaan mempunyai tubuh dan identity tersendiri
  2. Naluri/hati bertindak lebih cepat dari fizikal
  3. Pengurusan perniagaan bermula dengan pengurusan qalbu
  4. Bersihkan jiwa
  5. Pupuk keinsafan

Ingat!

  1. Lapangkan dada
  2. Kawal nafsu
  3. Tambah ilmu
  4. Keserasian boleh dipupuk dan dibentuk
  5. Kecederaan naluri lambat sembuh
  6. Naluri selalunya lebih tepat dan jujur
  7. Proses mencapai kejayaan ialah kejayaan sebenar

Nak berjaya?

Leave a Reply

Advertise Here
Advertise Here