Selamat Datang 2015!

Posted on 13 January 2015 by zualliz

2015 tiba dengan tanggungjawab baru, perbelanjaan yang bertambah dan kejutan dalam kerjaya.

8 Januari 2015, genap anak sulungku, Muhammad Arsyad Zikri berumur 2 bulan. Dia dilahirkan pada 8 November 2014 di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah melalui pembedahan.

Arsyad Zikri

Muhammad Arsyad Zikri bin Mohd Zuhair

Perbelanjaan meningkat kerana bertambahnya hutang yang perlu dibayar; pinjaman kereta yang berjumlah RM530 setiap bulan. Bermula dari bulan Ogos 2014, pinjaman ini selama 9 tahun.

Awal Oktober 2014, aku berpindah dari bilik sewa ke rumah sewa. Bil elektrik dan air perlu dijelaskan sendiri, bukan termasuk dalam sewa rumah seperti sebelumnya.

1 Januari 2015, Cikgu Aziza bersara pilihan sebagai Guru Besar SK Kampong Salang dan 2 Januari 2015, Guru Besar baru, Cikgu Hafiz melaporkan diri di sekolah.

Bagi tahun 2015, aku dilantik sebagai guru kelas 4 Amanah dan setiausaha Ko-kurikulum.

Leave a Reply

Advertise Here
Advertise Here