Selasa, 25 Ogos 2015

Posted on 27 August 2015 by zualliz

Setiap hari selasa, mengikut jadual baru yang bermula selepas cuti pertengahan tahun 2015, adalah hari paling padat. Mempunyai 10 waktu mengajar (1 waktu bersamaan 30 minit) dan 6 waktu daripadanya adalah waktu yang berturut, dengan setiap kelas 2 waktu (6 waktu = 3 jam = 3 kelas).

Tapi, walaupun 10 waktu, hanya 4 waktu (2 kelas) sahaja ialah kelas ‘Ulum, baki 6 waktu lain adalah Tasmik. ‘Ulum pula Tahun 4, manakala Tasmik tahun 2 dan 5.

Kena ambil nafas juga kata orang, cuma tak disunatkan berpuasa hari selasa. Terpaksa bergilir dengan guru lain apabila waktu Tasmik untuk sarapan di kantin. Ambil masa 5-10 minit.

Surau al-Mawaddah SKKS

Surau al-Mawaddah SKKS

Yang aku nak cerita ni pada 25 Ogos 2015 yang lalu. 4 Siddiq, masa ‘Ulum, waktu ke-3 dan ke-4 (8.40-9.40 pagi). Murid-murid diarahkan menyalin nota dari buku teks berkaitan Bersuci. Seperti biasa, ada 3-4 murid yang tidak menyalin kerana tidak membawa buku tulis. Ada 2 orang yang tiada buku tulis, dengan alasan buku sudah dikumpulkan oleh ustaz.

Dendanya? Aku memanggil murid tersebut untuk membaca jawi di depan aku. Idea ni pun aku dapat spontan pada masa tersebut. Boleh juga memperbaiki bacaan dan kefahaman murid mengenai jawi.

Semasa Tasmik 5 Siddiq pula, murid dikehendaki menyalin surah al-Ma’un kerana surah tersebut merupakan surah kefahaman bagi murid Tahun 5. Setiap ayat beserta maksud bagi setiap ayat. Surah kefahaman dan surah hafazan bagi setiap tahun adalah berbeza.

Waktu terakhir, Tasmik 5 Amanah (1-2 petang). Murid 5 Amanah diarahkan mengambil wuduk dan bersiap sedia untuk solat Zohor berjemaah bersama murid Tahun 6. Apabila jam digital waktu solat melaungkan azan, mereka turut mengikut.

Selepas solat Zohor berjemaah selesai, murid Tahun 6 kembali ke kelas. Manakala murid 5 Amanah membaca bacaan dalam solat seperti doa qunut, tahiyat dan lain-lain. Bacaan solat seperti ini agak mengambil masa untuk pelajar menghafalnya. Perlu paksa mereka selalu mengulangnya.

Leave a Reply

Advertise Here
Advertise Here