SK Sungai Seluang

Posted on 01 July 2017 by zualliz

Mendapat perkhabaran gembira pada 30 Mei 2017; permohonan bertukar diluluskan. Penempatan diperiksa pada 7 Jun 2017. Aku ditukarkan ke SK Sungai Seluang, Lunas, Kedah. Berjaya masuk ke Kedah walaupun bukan dalam PPD yang dipohon; PPD Kuala Muda/Yan (KMY).

Masuk Kedah dulu. Nanti mohon bertukar dalam negeri pula, selepas 6-7 tahun.

Dari Kampong Salang, ke Kayang, sekarang ke Sungai Seluang.
Dari darat, ke kayangan/udara, sekarang masuk ke dalam air.

5 Aflah 2017

Orang Sungai Pau, isteri orang Sungai Perahu. Mohon ke Sungai Petani, dapat Sungai Seluang.

Dari Kangar, ke Kuala Perlis, sekarang Kulim.

6 tahun di SK Kampong Salang.
6 bulan di SK Kayang.
Sudah 6 hari di SK Sungai Seluang (ketika artikel ini ditulis).

21 Februari 2011-15 Disember 2016 di SK Kampong Salang, Kangar, Perlis.
16 Disember 2016-11 Jun 2017 di SK Kayang, Kuala Perlis, Perlis.
12 Jun 2017 bermulanya tugas di SK Sungai Seluang, Lunas, Kedah.

Leave a Reply

Advertise Here
Advertise Here