Minggu pertama dalam penggal ke-2.
Minggu Penghayatan Isra’ Mi’raj 1434 H
Panitia Agama Islam SK Kampong Salang telah memutuskan, minggu ini ialah minggu penghayatan Isra’ Mi’raj. Sebelum cuti lagi, pelbagai aktiviti dirancang untuk menghidupkan minggu ini dan memberikan kesedaran berkaitan Isra’ Mi’raj kepada para murid.
Isra’ Mi’raj bagi tahun 2013 M ini ialah pada hari Khamis, bersamaan 7 Jun 2013, iaitu pada minggu ke-2 cuti pertengahan tahun 2013. Disebabkan itu, minggu pertama selepas cuti ini dijadikan Minggu Penghayatan Isra’ Mi’raj 1434 H.
Aktiviti yang dirancang diagihkan kepada guru-guru panitia. Antaranya, aktiviti mewarna dan cari kata jawi bagi Tahap 1 manakala kuiz agama dan silang kata jawi bagi Tahap 2. Setiap guru agama bertanggungjawab untuk memastikan aktiviti yang diberikan dapat dijalankan.
Baca selanjutnya…