Tag Archive | "Isra’ Mi’raj"

Tags: , , , , , , , , , ,

Minggu 21 (10-16 Jun 2013)

Posted on 19 June 2013 by zualliz

Minggu pertama dalam penggal ke-2.

Minggu Penghayatan Isra’ Mi’raj 1434 H

Panitia Agama Islam SK Kampong Salang telah memutuskan, minggu ini ialah minggu penghayatan Isra’ Mi’raj. Sebelum cuti ┬álagi, pelbagai aktiviti dirancang untuk menghidupkan minggu ini dan memberikan kesedaran berkaitan Isra’ Mi’raj kepada para murid.

Isra’ Mi’raj bagi tahun 2013 M ini ialah pada hari Khamis, bersamaan 7 Jun 2013, iaitu pada minggu ke-2 cuti pertengahan tahun 2013. Disebabkan itu, minggu pertama selepas cuti ini dijadikan Minggu Penghayatan Isra’ Mi’raj 1434 H.

Aktiviti yang dirancang diagihkan kepada guru-guru panitia. Antaranya, aktiviti mewarna dan cari kata jawi bagi Tahap 1 manakala kuiz agama dan silang kata jawi bagi Tahap 2. Setiap guru agama bertanggungjawab untuk memastikan aktiviti yang diberikan dapat dijalankan.
Baca selanjutnya…

Comments (3)

Advertise Here
Advertise Here