Categorized | Kehidupan, Pendidikan

Video Maker

Posted on 12 March 2016 by zualliz

Mula ditugaskan membuat video (tahun 2012), aku hanya menggunakan Windows Movie Maker. Ia percuma dan paling asas. Mudah digunakan. Lebih kurang 2 tahun menggunakannya walaupun ada hasrat untuk menggunakan yang lebih advance.

Datang seorang guru praktikum opsyen PI pada 2014, menggunakan Power Director membuat video. Lebih advance berbanding Movie Maker. Tetapi ia berbayar dan guru tersebut tidak mempunyai full version. Jika ia diinstall ke dalam PC atau laptop lain, perlu dibeli.

Cadangan seorang guru, beli DVD installer dari kedai komputer dan install. Boleh claim duit Panitia Agama, sebab aku beli untuk digunakan bagi tayangan video aktiviti Panitia Agama sepanjang bulana Ramadhan 2015.

Tahun 2016, aku menggantikan Guru Perpustakaan Media (GPM) ke Bengkel Asas Suntingan Video. Penceramah dari BTPN Perlis mengajar menggunakan Adobe Premiere Creative Suite 3. Lebih advance, dan semestinya perlu dibayar. Tapi dicopy dari hard disk penceramah.

Sedihnya, berbelas kali install, gagal. Hanya memandang guru lain membuat video. Cadangnya selepas cuti pertengahan penggal 1 2016, aku nak format laptop dan install semula. Nak belajar semula.

Moga dipermudahkan. Amin..

Leave a Reply

Advertise Here
Advertise Here